Ulasan Buku Miss Pisau Cukur

Teks: Siti Khatijah Diana
Foto: Google




Rasanya ini kali pertama saya membaca tulisan karya novelis popular Buku Prima iaitu Siti Nur Dhuha. Setahu saya, semua novelnya memang laku keras. Pernah terserempak semasa pesta buku sebelum ini. Terus terang, penulisnya memang sangat ramah dan mesra.

Ok. Berbalik dengan ulasan yang saya nak buat. Buku ini mengisahkan tentang Nurul Amera yang mana dibenci oleh adik beradik angkatnya. Terutama sekali oleh Ku Afnan. Dia dibenci kerana dianggap menjadi pemusnah keluarganya. Serta dituduh sebagai perempuan simpanan ayahnya.

Disebabkan tak tahan dengan kebencian itu, Ku Afnan membunuh Amera. Tiga tahun berlalu. Muncul seorang gadis lain yang dikenali sebagai Nurul. Nurul adalah seorang perempuan yang miskin. Disebabkan kemiskinan itu, dia menetapkan matlamat diri untuk menjadi senang. Cara paling mudah ialah dengan menjadi pisau cukur.

Entah macam mana, Nurul berjaya menambah hati Ku Afnan. Nurul ni boleh dikategorikan bertuah sebab Ku Afnan tak kisah dengan perangai buruknya yang suka mengikis. Disebabkan sayang, Ku Afnan ikutkan semua kehendaknya.

Dalam masa yang sama, Nurul jatuh cinta dengan Jeff. Berlaku konflik antara Ku Afnan dan Jeff sehingga hampir meragut nyawa Jeff. Dan ada misteri berkenaan dengan siapa Nurul yang sebenarnya. Untuk mengetahui cerita yang seterusnya, bolehlah dapat buku ini dan baca.

Secara jujurnya, saya rasa saya boleh baca tulisan penulis ini walaupun karya ini boleh dikatakan tidak logik. Tak logik tapi disebabkan itulah yang membuatkan saya ketawa. Ada satu part yang saya masih ingat sampai sekarang. Ketika Aky hendak melepaskan diri daripada Nurul. Aky sanggup mengambil batu lalu mengetuk kepala kakaknya itu. Masa itu, saya memang gelak kaw-kaw.

Untuk karya ini, saya rasa saya berpuas hati. Mungkin lain kali saya boleh dapatkan karyanya yang lain pula. :). Tahniah penulis.

Ulasan