23/06/16

Bukan Maksudku Memilihmu Bab 1

Assalammualaikum readers.

Ni adalah e-novel terbaru setelah sekian lama tak menulis. Harap-harap diberi kekuatan untuk menyudahkan. Amin3x. Mohon komen, kritikan dan pendapat ye guys. Dan saya dah tetapkan, bab yang seterusnya akan dinaikkan pada setiap hari Khamis. 


Bab 1
Jari-jemari rancak mengetuk meja. Mata diliarkan ke arah sekitar. Sebelum tangan mencapai segelas air yang dibeli sebentar tadi. Akhirnya, satu keluhan terlepas daripada mulut. Hish... manalah dia ni? Janji nak datang pukul 10.30. Dah lewat setengah jam ni.
Bagi menghilangkan bosan, Iqbal Darwisy mengalihkan pandangan ke arah sekeliling. Pelbagai ragam manusia yang tersedia di hadapan mata. Ada yang tengah rancak berbual. Ada yang bermain-main dengan telefon. Paling menyakitkan mata, terdapat pasangan bercinta yang berbelit seakan mahu mengawan. Mahu menghindarkan dosa, cepat-cepat dia memandang ke arah lain.
Sejenak, Iqbal teringatkan seseorang. Tangan sudah mencapai telefon bimbit miliknya lalu aplikasi whatsapp dibuka. Mendapati masih tak ada maklum balas yang diterima, satu lagi keluhan terlepas dari mulutnya. Sah, merajuk lagilah si dia tu.
Manalah tak merajuk. Sepatutnya, hari ini dia harus bertemu dengan Zara. Satu-satu buah hati pengarang jantungnya. Satu-satunya wanita yang paling dia cinta sepenuh hati. Tetapi, demi bertemu dengan seseorang, terpaksa juga dia batalkan temu janji itu. Sebab itulah, seawal pagil lagi dia sudah terpacak di Starbuck di dalam Aeon Mall hari ni.
'Aduh Faz... kau kat mana ni? Dah lama aku tunggu.' Iqbal hanya merungut di dalam hati.
Ikutkan hati, memang dia dah nak pergi. Yalah. Pantang betul jika ada orang tak tepati masa. Bukanya minah senget tu tak tahu. Namun setelah mengingatkan pokok pangkal dia diajak bertemu hari ni, terus Iqbal batalkan hasrat nak balik.

'Aku harap benda yang kau nak bagitahu aku nanti, benda gempaklah. Siaplah kalau kau main-main.' Sekali lagi suara hatinya berkata-kata.
Hampir setengah jam menanti, akhirnya kelibat yang dinantikan muncul jua. Iqbal yang sedikit bengang, terus tayang muka masam. Tanda dia tak puas hati sebab minah tu buat dia ternanti-nanti.
"Maaf weh lambat. Lama dah ke tunggu?" Fazlin sudah mengambil tempat berhadapan Iqbal.
Tercungap-cungap dia menarik nafas. Mana taknya. Sedar akan kelambatan diri. Dia bukannya sengaja. Harap-harap jantan tu terimalah penjelasan dia nanti.
Iqbal mendengus kasar. Sengaja ditayang air muka bengang memanjang. Rakus dia menyedut kopi latte sejuk. Nasib baik tadi tak order yang panas. Kalau tak, sah berjuih mulutnya dek kepanasan. Serentak itu, dia bersuara sinis menjawab pertanyaan bodoh Fazlin tadi.
"Tak adalah lama mana pun. Tapi naik kematu jugak punggung aku ni."
Fazlin tergelak. Masak sangat dah perlian maut kawan baiknya itu. Mujur dia tak ambil hati.
"Kalau macam tu, apa kata hari ni aku belanja kau? Anggap ajelah ni permohonan maaf dari aku. Amacam, okey tak?"
Iqbal buat lagak berfikir sambil mengusap janggut sejemputnya. Konon-konon sedang menimbang tara untuk memaafkan ataupun tak. Banyak sangat ke duit minah tu? Kalau minta belanja kereta sebiji boleh tak? Baru padan muka.
"Apa je kau boleh belanja aku? Kalau setakat makan, aku tak nak. Air kopi ni pun aku dah bayar."
"Cakaplah kau nak apa? Telefon? Drone? Sebut aje. Lepas ni confirm aku pergi beli." Penuh riak lagi takbur Fazlin menawarkan. Ada senyuman tersirat di bibirnya.
Iqbal berkerut kening. Melalui pemerhatian awal, dia tahu minah tu ada merahsiakan sesuatu daripadanya. Mesti ada benda penting.
Oh ya. Terlupa pulak. Kalau tak, masakan dia beria-ria ajak berjumpa dengannya hari ni. Sampai Iqbal sanggup mengenepikan Zara. Harap-harap, tak ambil hatilah si buah hati tu. Tapi tak apa. Kalau Zara merajuk pun, pandai-pandailah Iqbal memujuknya nanti.
Saat itu, tekak Fazlin mula rasa kehausan. Dia yang tak sempat membeli air kerana pelanggan terlalu ramai beratur tadi, segera mencapai air milik Iqbal. Sekali sedut saja, terus tinggal suku baki air itu.
Sekali lagi, Iqbal hanya mampu tayang muka bengang. Ikut suka hati aje nak tibai air orang. Nasib baiklah dah rapat. Kalau orang lain, memang dah lama dia bagi jurus terajang hikmat petala langit ke lapan.
"Aku nak kereta Mazda RX5 sebijik. Boleh?!"
Uhuk! Uhuk!
Terbatuk Fazlin sejurus mendengar permintaan tak masuk akal macam tu. Melampau gila. Agak-agaklah nak suruh dia belanja pun. Minta kereta terus. Sajalah tu nak kenakan dia. Orang bagi betis, dia nak paha terus. Amboi-amboi, banyak cantik!
"Apasal tak mintak rumah terus? Kan senang." Fazlin membidas, geram.
Akhirnya, Iqbal terus menghamburkan ketawa. Suka betul dia dapat menyakat Fazlin. Selalunya dia yang kena. Marah betul minah tu.
"Ala gurau ajelah. Emo lelebih pulak kau ni."
"Yelah. Kau tu over sangat."
Malas nak memanjangkan keadaan, cepat-cepat Iqbal mengalih topik perbualan. Sempat dia menyedut sisa baki minumannya yang tertinggal. Dari minah tu habiskan, baik dia minum awal-awal.
"Dah kita stop pasal ni dulu. Okey sekarang ni, cuba kau cerita apa benda sangat yang kau nak bagitahu kat aku tu." Iqbal segera memberikan sepenuh perhatian kepada Fazlin. Jemari tangan mula melingkari sambil mata tajam merenung bebola mata gadis itu.
Tatkala itu, hilang terus rasa geram dalam diri Fazlin. Terus dia teringatkan tujuan utama dia ajak Iqbal jumpa hari ni. Hish... Tak sabar rasa nak kongsi. Nak tengok apa reaksi Iqbal kali ini.
"Kau nak tahu sesuatu tak?"
"Apa dia?"
"Aku sebenarnya..." Sengaja Fazlin cuba bermain tarik tali.
Geli hati Fazlin tengok keterujaan di wajah Iqbal. Cara dia tadah telinga mengalahkan perempuan yang sedang bergosip. Memang tak boleh blah. Tak habis-habis dengan sikap overnya itu.
"Sebenarnya apa?"
"Sebenarnya..."
Air muka Iqbal berubah ketat. Sakit hati dipermainkan begitu. Fazlin memanglah nak kena. Tak habis-habis suka menyakat. Geram punya pasal, spontan kaki Iqbal menyepak kaki Fazlin yang terletak di bawah meja. Kuat juga bunyinya.
"Adoi." Fazlin menyeringai kesakitan. Terus dia mengusap betis mula kepedihan. "Sakitlah."
"Nak main-main lagi? Sebenarnya sebenarnya. Sebenarnya apa?"
"Ala kau ni. Nak gurau sikit pun tak boleh. Yelah yelah. Meh sini aku bagitahu." Sempat Fazlin menarik muncung mulutnya.
Demi tak mencari pasal lagi, dia segera menceritakan apa yang ingin dikongsikan dengan Iqbal sejak dari tadi lagi.
"Sebenarnya, aku baru aje dinaikkan pangkat."
Jatuh rahang Iqbal mendengarkan. Naik pangkat? Bukan ke jawatan Fazlin sebelum ini adalah kedua terpenting orang atasan ke? Bermakna sekarang ni dia dah jadi eksekutiflah ya? Wah, hebat.
"Maknanya, sekarang ni kau dah pegang jawatan eksekutif ke?" Iqbal bertanya bagi mendapatkan kepastian.
"Hmm... lebih kurang macam tulah."
"Wow! Mantap! Gilalah kau. Muda-muda lagi dah jadi eksekutif. Tercabar aku tau." Iqbal memuji ikhlas.
Dalam persahabatan yang ikhlas, tidak perlu ada rasa cemburu atau iri hati. Itulah yang prinsip yang mereka pegang sejak dari zaman persekolahan lagi. Siapa terbang tinggi, satu pihak lagi akan mendongak untuk terus memberikan sokongan. Begitu jugalah kalau sebaliknya.
Sebab itu walaupun beberapa tahun berlalu, persahabatan yang dibina ini tetap utuh sehingga ke hari ini. Bukannya mereka tak pernah dengar kata-kata negatif tentang hubungan ini. Mereka kata, persahabatan antara lelaki dan perempuan adalah satu yang sangat mustahil. Pendek kata, ia jarang berlaku.
Nah, sekarang baik Iqbal mahupun Fazlin, kedua-dua telah membuktikannya. Tiada apa yang mustahil selagi mana manusia itu jujur dan ikhlas dalam niatnya.
"Terima kasih. Kau pun kurangnya. Dah jadi akauntan pun."
Iqbal hanya tersenyum. Sungguh saat ini dia berasa begitu bangga. Ternyata Fazlin merupakan seorang yang sangat pintar. Tak sia-sia dia rapat Fazlin. Sesungguhnya, gadis itulah yang banyak mengubah dia dulu. Cuma sayang, empunya badan masih bujang. Bukan setakat bujang, teman lelaki pun tak ada.
"Tapi kan Faz. Pelik jugak aku tengok kau ni." Iqbal memulakan ayat untuk berkias.
"Apahal pulak? Baju aku ada koyak ke?" Fazlin meliarkan anak mata. Mencari apa benda yang dimaksudkan Iqbal itu.
"Kau ni aku tengok semua dah ada. Kereta ada, duit ada, rumah pun..." Belum sempat Iqbal menghabiskan ayat, Fazlin segera memintas.
. "Hah, sebut pasal rumah, tiba-tiba aku teringatkan kat rumah aku tu. Kau jaga tak rumah aku tu? Pokok-pokok kat balkoni tu kau siram tak?" Fazlin bersoal.
Memanglah kalau difikirkan, tindakannya menyuruh Iqbal memantau kondonya adalah sangat menyusahkan. Tapi pada siapa lagi dia nak harapkan? Siapa suruh mamat itu berjiran dengannya? Haruslah dia yang kena kan? Tak gitu?
"Kau ni kan Faz... aku suruh kau sewakan tak nak? Membazir aje biar rumah macam tu."
"Hish mana boleh. Nanti kalau bagi sewa, aku nak duduk mana? Tambah-tambah kalau nak lepak dengan kau. Masa tulah aku nak gunakan aset aku tu." Fazlin menolak keras cadangan itu.
Buat masa sekarang, dia masih lagi tinggal bersama dengan mama dan papa. Dia bukannya berani macam Iqbal. Duduk seorang diri. Iqbal tak apalah. Dia lelaki. Jumpa hantu pun, hantu yang lari.
Lagipun tak salah dia membuat pelaburan begitu. Memanglah kalau nak diikutkan, dia yang rugi sebab bulanan duit sendiri keluar bayar installment. Sekurang-kurangnya, nampak jugak hasil kan. Daripada berhabis duit belanja itu ini bagai. Bijak tak dia?
"Apa susah-susah. Kau duduk ajelah rumah aku." Selamba Iqbal menawarkan.
Terbeliak biji mata Fazlin. Terkejut beruk dia dengan jawapan bodoh yang keluar daripada mulut Iqbal tu.
"Kau gila?! Kau nak aku kena tangkap basah ke. Agak-agaklah kau ni. Bagi idea tu biar cerdik sikit. Bengap." Marah Fazlin.
Iqbal hanya tersengih sambil menggaru tak gatalnya. "Ya tak ya jugak. Aku lupalah."
Seketika Fazlin mendengus. Sebelum dia teringat akan perbualan Iqbal sebelum ini. Salah dia jugak sebab menjampuk masa orang bercakap.
"Alah, lupakanlah pasal rumah aku tu dulu. Tadi aku rasa kau macam tak habis cakap lagi kan? Pasal apa ye?"
Iqbal terdiam sejenak. Akal cuba mengembalikan memori. Tidak sampai seminit, dia berjaya.
"Macam ni aku nak cakap. Aku tengok kau ni, semua dah ada. Kereta ada. Tanah ada. Rumah pun dah ada. Cuma aku nak tahu, bila kau nak ada teman lelakinya? Pendek cerita, bila kau nak ada calon suami, Faz?" Iqbal memuntahkan kata.
"Entahlah Iqbal. Buat masa sekarang ni, serius aku tak fikirkan lagi pasal benda ni."
"Kau tak boleh macam ni Faz. Kita semakin hari dah semakin berumur. Kau tak takut ke jadi anak dara tua nanti? Nanti macam-macam orang mengata pasal kau. Kau nak?"
"Alah biarlah orang nak mengata. Dah orang tu ada mulut. Lantak dialah."
"Tengok. Aku cakap, kau jawab. Kalau macam ni, memang sampai bila-bilalah aku tak kahwin." Iqbal menyindir halus.
Haruslah dia berkata begitu. Sebab sampai sekarang, dia masih lagi memegang akan janji yang pernah dilakarkan bersama Fazlin dulu. Waktu itu, kedua-dua mereka baru melangkah masuk ke alam universiti.
"Ingat Iqbal. Aku tak halang kau nak couple dengan siapa pun. Cuma kau kena janji dengan aku. Study dan family first. Jangan sebabkan leka bercinta, kau abaikan pelajaran. Kesian kat mak abah yang dah berhabis duit untuk kau masuk sini."
"Ya aku tahu. Aku janji."
"Satu lagi, jangan mimpi-mimpi nak kahwin sebelum aku. Selagi aku tak kahwin, selagi tulah kau tak payah gatal nak berbini. Kalau tak, kita putus kawan." Nada Fazlin seakan menggertak.
Iqbal tak tahulah sama ada Fazlin serius ataupun tak waktu itu. Apa yang Iqbal tahu, Fazlin dah lakukan semua demi kebaikan dirinya. Jadi, tak ada masalah bagi dia untuk mengotakan semua itu.
Apabila difikirkan semula, logik juga tindakan Fazlin itu. Memang sekarang ini dia dah pun memiliki seorang awek. Dalam perancangan nak kahwin lagi. Tapi sebagai seorang lelaki yang budiman, yang memiliki sahabat baik perempuan, rasanya tak tergamak dia mendahulukan kemahuan diri tanpa mempedulikan perasaan Fazlin.
"Oh kau masih ingat lagi pasal janji tu ye?"
"Of course lah."
"Hahaha. Bagus bagus. Sebab tu aku sayang sangat kat kau tau tak."
"Sayang tu sayanglah jugak. Tapi aku ni pun nak kahwin tau."
"Ya aku tahu. Kalau ya pun. Sabarlah dulu. Aku pun tengah mencari ni. Bukannya aku tak usaha."
"Susah-susah kau ambil jelah mana-mana kawan aku. Kan aku dah cakap. Si Azri tu suka gila kat kau. Kau tu aje yang memilih."
"Azri? Hish. Tak naklah aku. Dia tu perokok. Aku tak suka lelaki merokok."
"Susahlah kalau macam ni. Alamatnya, tak berbinilah aku sampai ke tua."
"Padan muka kau."
"Padan muka kau jugak."
Serentak itu, kedua-dua menghamburkan tawa. Perbincangan yang asalnya serius, terus bertukar menjadi lucu. Nasib badanlah dapat kawan yang mereng otak macam ni.


1 ulasan: