25/08/16

Bukan Maksudku Memilihmu Bab 10

Bab 10
Suasana di sebuah restoran terkemuka di ibu negara ini dirasakan begitu menenangkan jiwa. Dinding bangunan bercat krim bercampur biru laut ternyata menaikkan mood sesiapa yang bertandang. Lampu siling yang tidak terlalu terang, disusuli muzik balada yang gemersik sedikit sebanyak membuatkan mood romantik hidup terutamanya bagi pasangan kekasih.
Ketika ini, Zara kelihatan sedang enak menjamah santapan makan malamnya. Tidak terkecuali Iqbal yang turut berada di situ. Masing-masing memesan hidangan berupa stik daging. Sebab di restoran ini memang terkenal dengan menu masakan itu.
Sejenak, Iqbal meletakkan garfu dan pisau yang sedang berada di tangan. Dia mencapai segelas air lantas meminumnya. Kain pengesat diambil lalu menyapu bibir sendiri. Sempat mata menjeling pelanggan yang melintasi sebelum jatuh ke arah wajah insan yang paling dicintai.
"U ni, i tengok makan banyak tapi tak gemuk-gemuk jugak." Iqbal sengaja meluahkan pendapat.
Hairan juga dia rasa. Selama dia mengenali Zara, gadis itu ternyata seorang yang kuat makan. Kalau setakat nasi berbukit dalam pinggan tu, perkara biasa. Pencuci mulut tu, sekali dia hadap aje, terus licin. Tapi yang peliknya, tak jugak naik-naik tubuhnya.
"Well... u know me kan." Zara tersengih bak kerang busuk.
Dulu dia malu jika Iqbal menegurnya begitu. Yalah, awal-awal kenal kan. Malulah kalau kena cop jenis makan banyak. Adakalanya dia terpaksa cover makan sikit semata-mata nak jaga air muka.
Namun begitu, apabila yakin hati Iqbal tetap menjadi miliknya, Zara mula menunjukkan belang sebenar. Dia tak perlu berlakon lagi. Mujurlah badan dia ni jenis badan yang tak menyerap lemak. Kalau tak, dah lama agaknya dia jadi Rikishi. Ala, pemain gusti WWE tu.
"Untunglah. I tengok orang lain, terpaksa berpantang semata-mata nak jaga bentuk badan tau. Tapi u tak. Semula jadi. I guess ramai yang cemburu dengan kelebihan u ni."
"Hah, tahu tak apa. Kat 'U' dulu, kawan-kawan selalu merungut setiap kali keluar makan dengan i. Dorang cakap dunia ni tak adil. Mereka nak makan sedap-sedap pun kena fikir banyak kali. Ada seorang kawan i tu, nak makan pizza pun dalam 2 kali setahun. Banyak kalori katanya. Tapi i tak. I main bedal aje." Zara berterus terang.
Tangan masih rakus menyuap stik itu ke dalam mulut. Diselang seli dengan kentang goreng yang turut dipesan asing. Mana cukup yang dalam pinggan ni aje. Hish, kalau tak fikir banyak dah lama dia pesan lagi. Tapi takut melampaulah pula.
Iqbal hanya tergelak mendengar penjelasan yang keluar daripada mulut Zara itu. Sesungguhnya dia rasa kagum. Ternyata sikap Zara yang sentiasa menjadi dirinya sendiri menambahkan lagi rasa cinta Iqbal terhadapnya. Sekurang-kurangnya, dia tahu bakal isterinya itu bukan jenis yang hipokrit.
Seketika, Iqbal hanya memerhatikan tindak-tanduk Zara dalam diam. Entah macam mana, tiba-tiba dia teringatkan tentang sesuatu. Dah lama dia nak tanya perkara ini daripada Zara sendiri. Harap-harap dia tak berbohonglah. Dia bukannya nak cari gaduh atau apa, cuma dia mahukan kepastian. Selagi dia tak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku, selagi itulah jiwanya rasa tak tenang.
"Sayang... kalau i nak tanya u sesuatu, boleh tak?" Iqbal cuba bermukadimah terlebih dahulu.
"Nak tanya apa? Tanyalah."
"I harap u tak marah."
"La, nak marah apanya. Soalan pun i tak tahu lagi ni." Zara dilihat cuba berseloroh.
Entah apalah yang mahu ditanyakan sang kekasih hati tu. Sampai perlu kata-kata aluan bagai.
Iqbal menarik nafas dalam-dalam. Dia merenung dalam wajah Zara seketika sebelum memuntahkan persoalan yang bermain di dalam kepala.
"I nak tanya, u ada cakap apa-apa ke kat Lin?"
Berubah terus air muka Zara. Namun dia cuba mengawal diri agar tidak cepat melatah. Dalam hati, berbakul seranah sudah dilemparkan. Tak guna punya perempuan. Kaki mengadu jugak rupanya.
"Cakap apa? I tak fahamlah."
"Hmm... macam mana nak cakap ek." Iqbal buntu sendiri.
Bimbang takut tersalah cakap, takut terasa hati pula. Tapi selagi dia tak tahu cerita sebenar, selagi itulah hidupnya tak tenang. Nak tak nak, dia kena luahkan juga.
"Macam ni... untuk pengetahuan u, i baru aje baik dengan Lin tu. Kami tak bergaduh. Cuma sejak akhir-akhir ni, dia semacam cuba menjauhkan diri daripada i. So i syak, mesti ada sebab kenapa dia jadi macam tu. Sebab tu i tanya ni, u ada cakap apa-apa ke kat dia?"
Zara dilihat menahan rasa geram. Ingatkan dah selesai masalah, tapi rupa-rupanya timbul masalah lain pula. Ini kalau dia mengaku, sah-sah Iqbal akan marahkan dia. Jadi tak ada maknanya dia akan mengaku punyalah.
"I tak ada cakap apa-apa pun kat dia."
"U tak tipu i kan?"
"Of course la sayang. Takkan i nak tipu u."
Iqbal mengeluh perlahan. Entahlah. Sejujurnya, sukar bagi dia untuk percaya dengan kata-kata Zara. Firasatnya kuat mengatakan Zara adalah punca utama. Fazlin yang dia kenali bukannya jenis yang suka mencari masalah. Lainlah kalau orang lain.
Ikutkan hati, dia mahu mengasak lagi. Namun apabila difikirkan risikonya, lebih baik dia telan perkara ini bulat-bulat. Lagipun Fazlin dah pun rapat semula dengannya. Harap-harap perkara sebegini takkan berulang lagilah. Iqbal cuma berharap Zara faham, persahabatan dia dengan Fazlin takkan digugah walaupun badai yang melanda.
"Oh ya. I ada satu berita baik nak bagitahu u ni."
"Apa dia?"
"I rasa, mulai sekarang kita dah boleh start merancang pasal majlis kita."
Saat itu, tumpuan Zara sepenuhnya terarah kepada Iqbal. Bebola matanya seakan bersinar. Bibir mengoyak satu senyuman yang paling manis. Akhirnya... setelah sekian lama menanti, dapat juga dia mendengarkan khabar berita ini. Yahoo... syoknya dapat kahwin.
"Apa maksud u?"
"Maksud i, kita bakal berkahwin tak lama lagi. Paling cepat pun tahun depan. Amacam, teruja tak?"
"Of course i teruja. U, dah lama tau i nantikan saat ni. U tu aje yang banyak alasan."
Iqbal hanya tersenyum. Dia tidak menyalahkan Zara berfikiran begitu terhadapnya. Dia mengaku, memang ini kelemahan dia. Tapi Zara tidak perlu khuatir. Selepas mereka selesai diijabkabulkan nanti, dia berjanji akan membahagiakan Zara. Sebagai tanda balas budi kerana sudi bersabar dengan karenahnya selama ini.
"I tahu, mesti ada sebab kenapa tiba-tiba u bagi berita baik macam ni. Biar i teka. I rasa, kawan baik tu dah nak kahwinlah ye?" Zara cuba menebak.
Iqbal mengangguk sambil tersenyum. Pandai pun. Awek siapalah yang pandai sangat ni. Dahlah comel. Eiii... geramnya. Tak sabar nak kahwin ni woi.
"Oh... kira dah jumpa calonlah ni. Eloklah tu." Zara berkata sekadar lepas di mulut.
Ingatkan dah tak laku. Yalah. Orang muda-muda macam nilah kena kahwin. Tapi dia tu teman lelaki pun tak ada lagi. Tak silap, Iqbal pernah cakap yang dia tak pernah ada teman lelaki. Fuh, kolot gila. Siapalah lelaki malang yang jadi bakal suami dia tu.
"Tapi... i'm not so sure about this."
"What do you mean?"
"Hmm... apa yang i tahu, lelaki tu memang sukakan dia. Cuma i tak tahu perasaan dia kat lelaki tu macam mana."
"Pulak dah." Zara mengeluh perlahan.
Kalaulah begini gayanya, gelaplah masa depan dia gara-gara perempuan jahanam macam tu. Fikir Zara lagi. Apa masalah Fazlin tu sebenarnya? Susah sangat ke nak pilih lelaki untuk dijadikan suami? Ke dia nak mat saleh? Amboi. Taste tinggi nampak. Larat ke nak hadapnya nanti?
"Tapi u tak payahlah risau. I yakin, lelaki ni mungkin dapat pikat hati dia. Sebab Hakimi yang i kenal, memang jenis yang tak putus asa.  Lagipun, dia dah makin hensem sekarang. Tengok dari gaya, ada canlah Fazlin nak jatuh cinta kat dia."
"Wait. Hakimi ni siapa pulak?"
Spontan Iqbal menepuk dahi sendiri. Alahai. Gara-gara terlebih gembira dengan fakta Hakimi sukakan Fazlin, terus dia terlupa nak kongsikan dengan Zara. Hish... tak patut betul.
"Ya Allah. Terlupa pula i nak bagitahu u. Hakimi ni sepupu i. Dia baru balik oversea."
Zara dilihat buat muka bengang. Tengoklah Iqbal tu. Hal penting macam ni pun sanggup membelakangkan dia. Kalau Fazlin, sah-sah nombor satu dapat berita. Kalau beginilah gayanya, lebih baik dia bercinta aje dengan si Fazlin tu. Lagi senang cerita.
"Sekarang baru nak cakap ke? Hmm... kalau i, huh. Lain kali pun tak apa. Tapi kalau Fazlin tu, flash news."
"Ala u ni. Janganlah merajuk. Sebenarnya, ada sebab kenapa i tak nak kenalkan lagi u dengan dia tu."
"Hmm yelah tu. Alasan."
"Sumpah. Bukan alasan."
"Sebab apa?"
"Sebab i takut u terpikat dengan dia. Hakimi ni hensem kot. I takut u berpaling dari i. Tu aje."
Mendengar jawapan itu, spontan Zara tergelak. Oh... tahu pun takut. Lain kali, pandai-pandailah jaga hati awek tu. Jangan nak utamakan orang lain pulak.
"Tahu takut ye. Ingatkan tak de perasaan."
"Takutlah sayang. I tak boleh kehilangan u tau, Zara. I betul-betul cintakan u. Tak ada orang lain. Sumpah, demi Tuhan." Iqbal berikrar dengan bersungguh-sungguh.
Puas hati Zara dapat mendengar jaminan Iqbal itu. Sedikit sebanyak, hilang rasa cemburunya terhadap Fazlin. Minah tu dah kalah. Padan muka. Lain kali, tak payah bermimpiLAH nak bersaing dengan dia.
Dalam masa yang sama, tidak dinafikan rasa ingin tahu turut melonjak dalam diri Zara. Nak jugak dia tengok sepupu yang Iqbal maksudkan itu. Yalah. Hensem sangat ke? Tergugat ke dia? Rasanya tak kot. 

Bab 9 Klik Untuk Baca

Tiada ulasan:

Catat Ulasan