1/09/16

Bukan Maksudku Memilihmu Bab 11

Bab 11
"Kenapa kau tak pernah cerita pun pasal dia kat aku selama ni?" Akhirnya, Fazlin mengemukakan pertanyaan.
Memandangkan mereka sudah pun rapat semula, aktiviti rutin iaitu melepak di mana-mana kafe menjadi pilihan. Selain mengisi masa terluang, di tempat inilah mereka sering berkongsi cerita. Kalau tak mengutuk pasal rakan sekerja, mesti ada sesi mengumpat artis. Hmm... elok sangatlah tu. (Sarkastik)
Iqbal tidak terus menjawab. Tangan mencapai gelas air cappucino ais lalu disedutnya. Sambil mata dilontarkan ke arah Fazlin. Ada riak serba salah yang terlakar di wajahnya. Ya, memang Iqbal mengaku, sengaja dia merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Fazlin selama ini.
"Ada sebab kenapa aku tak cerita." Iqbal menjelaskan.
"Sebab apa?"
Iqbal mengeluh perlahan. Ikutkan hati, dia tak nak buka cerita ini kepada sesiapa pun. Ya, memanglah tak dinafikan Fazlin tu kawan baik dia. Tapi dalam sesetengah perkara, Iqbal rasa lebih elok ia dipendam saja. Bukan apa. Dia tak nak buka aib ahli keluarga terdekatnya.
"Betul kau nak tahu?"
Fazlin mengangguk laju. Semakin Iqbal berkata begitu, semakin teruja rasa hatinya mahu tahu.
"Baiklah. Aku akan cerita kat kau. Tapi kau kena janji, jangan heboh kat orang lain pulak tau."
"Ya aku tahulah."
Iqbal menarik nafas dalam-dalam sebelum memulakan ceritanya.
"Sebenarnya... keluarga Hakimi ni boleh dikatakan normal aje suatu ketika dulu. Hidup saling bertolak ansur. Bahagia dan gembira. Sama aje seperti mana-mana keluarga lain. Si ibu dengan tugasnya mengurus hal-hal dalam rumah. Manakala si ayah ni pulak, bekerja keras mencari nafkah buat tanggungan keluarga. Anak-anak mereka pun okey. Tak banyak karenah dan minat belajar. Senang cerita, contoh keluarga bahagialah.

Tetapi, selepas aje bapak saudara aku atau lebih tepat lagi ayahnya si Hakimi ni ada berkenalan dengan seorang perempuan, semuanya jadi berubah dalam sekelip mata. Ayah dia terus lupa tanggungjawab. Langsung tak ingat anak bini. Asyik nak enjoy aje kerjanya. Hidup macam gaya orang muda aje lagaknya.
Apabila ditegur, dia melenting. Lepas tu, asyik nak lepaskan kemarahan kat isteri dia aje. Aku pernah tengok macam mana teruknya dia pukul Hakimi dulu. Sampai lembik tubuh dikerjakan. Gara-gara, Hakimi memberontak dan cuba lindungi emaknya daripada terus menjadi mangsa belasahan.
Keluarga aku pernah nak repot pasal perkara ni kat polis. Abah dah tak peduli tu adik kandung dia ke apa. Asalkan isteri dan anak-anak buahnya tak terus jadi mangsa. Tapi emak Hakimi tulah pulak yang tak benarkan. Dia cakap, dia sayangkan suami dan tak rela tengok lelaki itu dipenjarakan.
Sehinggalah pada satu malam, tiba-tiba aje emak, Hakimi dan adik dia terus menghilangkan diri tanpa khabar berita. Sejak dari itu, kami terus terputus hubungan dengan keluarga dia. Tup-tup dapat tahu, rupa-rupanya selama ni mereka berpindah keluar negara. Serius, aku tak dapat bayangkan betapa siksanya hidup dan jiwa mereka sampai sanggup melarikan diri sejauh itu."
Fazlin yang khusyuk mendengar tadi, sudah berubah air muka. Terbit rasa simpati dalam diri. Di sebalik sikap ceria dan peribadi macho yang dipamerkan Hakimi, sebenarnya terselit 1001 satu kisah duka. Sungguh jiwanya meruntun sama.
"Jadi sekarang ni, mak dan adik dia kat mana? Kenapa tak bawak balik sama?" Fazlin yang faham keseluruhan cerita cuba bertanya persoalan yang bermain di benaknya.
Kalaulah selepas ini, Fazlin ditakdirkan untuk bertemu dengan kedua-dua wanita itu, dia akan memastikan yang dia akan segera memeluk tubuh mereka seeratnya. Mahu ditiupkan semangat agar mereka terus tabah. Biar Tuhan saja yang membalas perbuatan terkutuk lelaki durjana itu.
"Mak dia dah tak ada."
"Innanilahiwainnailaihirojiun." Fazlin mengucapkan.
Pilu rasa di hati. Ingatkan dapat jumpa, tapi tak ada jodoh, nak buat macam mana. Tapi tak apalah mak cik. Mak cik rehatlah kat sana. Sekurang-kurangnya hati mak cik tak sakit lagi. Fazlin bagaikan berbisik di dalam hati.
"Adik dia tu... hmm... susahlah nak cakap. Hakimi kata, dia dah lama terpisah dengan adik dia tu. Jadi sekarang ni, dia gagal dikesan."
"Allahuakhbar." Fazlin bertakbir, terperanjat.
Bertambah sedih Fazlin rasakan. Tak sangka begitu berat dugaan yang melanda Hakimi sekeluarga. Entah kenapa, tiba-tiba saja dia rasa nak jumpa Hakimi. Nak luahkan yang dia turut bersimpati dengan apa yang telah berlaku dalam hidupnya.
Buat seketika, sepi mengambil alih perbualan di antara mereka. Baik Iqbal mahupun Fazlin langsung tak bersuara. Masing-masing sedang leka berfikir tentang apa yang telah berlaku.     
"Sepatutnya aku memang dah niat tak cerita perkara ni kat sesiapa. Even pada kau pun, Lin. Sebab ni kan melibatkan maruah keluarga aku. Tapi ada baiknya jugak aku kongsi dengan kau. Sebab aku rasa, kau pun lebih berhak tahu pasal latar belakang Hakimi tu."
Berkerut dahi Fazlin. Dia tak mengerti apa yang cuba diucapkan oleh Iqbal itu. Berhak tahu? Kenapa pulak? Dia bukannya ada kaitan apa pun dengan lelaki itu. Bagi mendapatkan kepastian, Fazlin segera bertanya.
"Kenapa kau cakap macam tu? Aku tak fahamlah."
"Sebenarnya..."
Iqbal menggigit bibir bawah. Takut pula dia nak beritahu. Bukannya apa, takut Fazlin marah. Kan hari tu awal-awal lagi minah tu dah pesan, jangan cuba-cuba nak kenenkan dia dengan sesiapa. Dahlah dia baru berbaik kot.
"Cakap ajelah."
"Kau janji dulu kau takkan marah aku."
"Tengok dulu pasal apa. Kalau benda merepek, of coz aku marah."
"Ah malas ah macam ni. Sebab aku tahu, confirm kau marah ni."
"Ala cerita ajelah."
"Betul tak marah ni?"
Fazlin mengeluh perlahan. Nak tak nak, terpaksalah dia akur dengan permintaan Iqbal. Tak sangka. Rupa-rupanya garang jugak ya dia selama ni. Sampai trauma pelik aje dia tengok Iqbal sekarang. Huhuhu.
"Sebab... Hakimi tu... dia sebenarnya suka kat kau."
Jatuh rahang Fazlin. Terkebil-kebil kelopak mata. Ternyata saat ini, dia berada dalam keadaan terkejut yang amat. Betul ke apa yang dia dengar tadi? Ke dia yang tersalah dengar? Hakimi suka dia? HAKIMI SUKA DIA? H-A-K-I-M-I S-U-K-A D-I-A? Sepatah-sepatah otak Fazlin mencerna kenyataan itu.
"Lin?"
Fazlin diam tak berkutik. Dia masih lagi terperanjat dan dalam keadaan tadi. Kalaulah ada sekumpulan lalat yang berkeliaran, memang dah lama mereka masuk ke gua Fazlin tu. Siap boleh buat habitat lagi.
"Lin, kau okey ke tak ni?" Iqbal memetik-metik jari di hadapan muka Fazlin.
Fazlin tersentak. Wajahnya kelihatan blur. Dipandang muka Iqbal yang berkerut melihat ke arahnya.
 "Aku okey aje."
"Hmm..."
"Kau cakap apa tadi ek? Aku rasa aku salah dengarlah. Boleh tak kau ulang semula? Cakap biar jelas dan pelan-pelan." Demi mendapatkan kepastian, Fazlin membuat permintaan itu daripada Iqbal.
Iqbal mengeluh perlahan. Sekali lagi dia mengulang kata-katanya tadi. Kali ini, seperti apa yang Fazlin minta. Jelas dan perlahan temponya.
"A-k-u c-a-k-a-p, H-a-k-i-m-i t-u s-u-k-a k-a-t k-a-u. D-i-a c-i-n-t-a-k-a-n k-a-u s-a-n-g-a-t-s-a-n-g-a-t. Faham tak?"
Tatkala itu, Fazlin yakin yang dia dah tak tersalah dengar lagi. Entah macam mana, tiba-tiba saja tubuhnya menggeletar hebat. Tangan menggigil laju macam baru lepas jumpa hantu. Sah, berita itu membuatkan dia panik dan gabra tak ingat.

"Hahaha. Serius aku tak sangka weh."
"Lepas tu? Ceritalah lagi woi."
"Lepas aje aku bagitahu kau suka kat dia, terus dia lain macam. Aku ingatkan dia nak mengamuk ke apa. Rupa-rupanya dia menggigil. Aku teruslah tanya. 'Fazlin Aufa, kau ni dah kenapa? Tak sihat ke?' tapi dia tak jawab."
"Lepas tu?"
"Aku hanya perhati aje tindak-tanduk dia. Masa tu, muka dia merah gila. Tak senang duduk lagi tu. Minum air pun sampai tumpah-tumpah. Apabila aku tanya, dia buat-buat cover. Sedangkan reaksi dia masa tu, nampak sangat kalut ribut. Macam orang tengah nervous sebab terjumpa pujaan hati."
"Haha. Mesti comel kan?!"
"Huh, bagi aku tak comel pun. Pelik adalah. Sebab seingat aku, dia tak pernah jadi gelisah macam ni. Lepas tu, aku perasan dia cuba elakkan diri dari berbincang pasal kau. Dia cakap tak selesa. Masa tulah baru aku perasan yang dia tu pun sebenarnya ada hati kat kau. Cis, tak guna betul. Mati-mati aku ingatkan dia tu kenapa."
Hakimi sudah tergelak sakan. Tak dapat bayangkan kalaulah dia ada ketika situasi itu berlaku. Mesti seronok kan. Ternyata pengakuan Iqbal tadi sedikit sebanyak mengejutkannya. Dia tak sangka, rupa-rupanya Fazlin turut sukakannya. Kalau macam, senanglah cerita.
Saat itu, baru Hakimi teringat peristiwa tempoh hari. Oh, patutlah masa dalam kereta hari tu, dia macam tak senang duduk. Rupa-rupanya nervous sebab duduk sebelah mamat hensem. La, awat tak habaq awal-awal kat cheq?
"Lepas tu?" Hakimi berterusan bertanya.
"Lepas tu apa lagi. Lepas aje aku syak dia ada hati kat kau tu, aku teruslah goreng dia. Hah, amik kau. Macam cacing kepanasan dia. Malulah tu. Makin dia macam tu, makin kuatlah aku kenakan dia."
"Hish... tak baik tau kau buat dia macam tu."
"Ala sekali sekala, apa salahnya. Lagipun masa nilah aku nak bergurau dengan dia. Sebab lepas ni, mungkin dia dah jarang spend masa dengan aku. Kau faham kan maksud aku?"
Hakimi mengangguk tanda memahami. Kiasan itu jelas maksudnya. Kalau dulu, Fazlin mungkin hanya ada seorang sahabat baik lelaki dalam hidupnya. Jadi apa-apa yang berlaku, hanya Iqbal yang lebih tahu berbanding orang lain. Selepas ini, mungkin tugas menjaga gadis itu akan berpindah milik ke tangan orang lain. Orang itu sudah tentulah Hakimi sendiri.
Ketika itu, Iqbal tiba-tiba bangkit. Dia menghampiri Hakimi lalu duduk menghadap dengannya. Tindakannya itu seolah-olah mahu menyampaikan satu amanat penting buat tatapan Hakimi.
"Kimi... aku tak kisah kalau kau berkawan dengan dia. Tapi kau kena janji dulu dengan aku."
"Apa dia, Bal? InsyaAllah aku akan tunaikan."
"Kau kena janji dengan aku, kau takkan sakitkan hati dia. Kau kena selalu ada saat mana dia susah dan senang. Jangan cuba nak pasang spare part ke apa. Sokong apa aje kesukaan dia. Dia anti bau durian, bermakna dia tak makan durian. Nak tak nak, kau kena berpuasalah dari makan benda tu."
"Wah, ada jugak orang melayu tak makan durian."
"Ada. Minah tu soranglah. Bajet mat salehlah konon. Orang putih pun makan durian." Sempat Iqbal mengejek Fazlin. Mentang-mentanglah tuan badan tak ada depan mata, terus dikutuknya sesuka hati.
Meledak terus ketawa Hakimi. Terus terang dia berasa kagum. Kagum persahabatan erat yang terjalin di antara Hakimi dan Fazlin itu. Kedua-duanya saling memahami di antara satu sama lain.
"Oh sebelum aku terlupa. Ada satu lagi kau kena tahu pasal Fazlin tu. Dia tu nampak aje sempoi kan. Tapi kau kena jaga-jaga."
"Kenapa? Dia makan orang ke?"
"Tak adalah sampai ke situ. Hish kau ni."
"Hahaha. Aku melawak je."
"Hmm... cuba lagi Kimi. Tak menjadi pun lawak kau tu."
Hakimi tarik muka masam. Iqbal ni tak sporting betul. Nak gurau sikit pun tak boleh. Serius aje memanjang kerjanya.
"Jaga-jaga pasal apa?"
"Fazlin ni, dia tu nampak aje sporting. Tapi terus terang, dia tu masih lagi berpegang teguh pada ajaram agama. Maksud aku, dia ni jenis tak suka pegang-pegang or sentuh-sentuh. Kalau boleh, aku nak kau elakkan perkara tu.
Aku bukannya apa, Kimi. Aku nak dia rasa tenang kalau ada dekat dengan kau. Kalaulah ditakdirkan jodoh korang sampai ke jinjang pelamin, masa tu lantaklah kau nak pegang apa pun. Masa tu jugak aku berani jamin dia takkan marahlah punya." Selamba Iqbal memberitahu Hakimi.
Hakimi tersengih malu. Wajahnya agak kemerah-merahan.
"Kalau macam tu Bal, aku berjanji. Segala permintaan kau tu, akan aku cuba tunaikan. Dan aku berjanji dengan nyawa aku, aku takkan sia-siakan dia. Dia pun takkan menyesal dapat teman lelaki hensem lagi baik hati macam aku ni." Sempat Hakimi menyelitkan pujian untuk diri sendiri. Saja nak bakar perasaan Iqbal.
"Poyolah kau."
"Jeles lettew."
Iqbal tayang muka geram. Huh. Elok sangatlah. Kedua-duanya menyakitkan hati. Elok sangatlah kalau couple tu.
p/s : cerita ini hanya akan dikeluarkan pada hari khamis sahaja. Harap maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan