Ulasan Buku Hardy Boys : Misteri Panggung Bangsawan Lama

Teks: Siti Khatijah Diana
Foto : Koleksi Peribadi




Versi yang saya baca ni adalah versi bahasa Melayu. Tak tahu macam mana buku ini boleh berada dalam koleksi peribadi. Terbitan tahun 1987, tahun kelahiran saya. Pelik dan sangat menakutkan. Patutlah cari covernya dalam internet pun dah tak ada.

Buku ini mengisahkan tentang siri penyiasatan popular yang melibatkan anak-anak Encik Hadi iaitu Faruk dan Johar. Pada satu hari, mereka ditugaskan untuk menyiasat tentang kejadian aneh yang menimpa Encik Zani yang merupakan ahli silap mata. Sebelum ini, dia mahu membuat persembahan di Panggung Bangsawan Lama. Apabila berlaku kejadian-kejadian aneh dan kebakaran di situ, persembahan terpaksa dilakukan di tempat lain.

Zani menuduh Mat yang merupakan seterunya dalam silap mata. Pada awalnya, memang nampak ketara bahawa Mat adalah dalangnya. Tapi memandangkan tidak mempunyai bukti yang kukuh, dan Mat turut menafikan, maka Faruk dan Johar tidak dapat berbuat apa-apa.

Dalam masa yang sama, Encik Hadi turut menyiasat satu kes yang agak besar. Ia melibatkan penculikan seorang menteri Malaysia. Rupa-rupanya, setelah diselidiki satu-persatu, rupa-rupanya kedua-dua kes itu saling berkaitan. Lebih mengejutkan, Encik Zani adalah merupakan dalang di sebalik semua kejadian itu. Dia sengaja mencipta masalah bagi menutupi kegiatannya. Panggung bangsawan lama itulah yang menjadi tempat persembunyian dia setelah menculik menteri untuk mendapatkan wang tebusan.

Secara keseluruhan, cerita ini bergerak sangat pantas. Sebagai pembaca, kita akan leka membelek satu-persatu muka suratnya. Ceritanya ala-ala Sherlock Holmes gitu, tapi ini versi untuk remaja dan kanak-kanak. Sangat mudah menghadamnya. 


Ulasan

  1. Ini KEGEMARAN SAYA TU!HABIS SEMUA SAYA BACA...
    LEPASTU BACA YG KISAH PENYIASATAN SALMA TU tapi x ingat dah tajuk lengkap...tapi perempuan xde la Aksi...F&J Ada aksi pergaduhan...bes...lpastu layankan la juga Enid blyon walau x seseronok Baca anak² Hadi ini...saya umur 10 tahun 1987...nistalgia Sgt...cari dh xde dah...dlu Blum buka perpystakaan D Larkin Tu dh tnggi...lpastu org last ua ptg!

    BalasPadam

Catat Ulasan