15/02/14

Karya Goodbye Dari Saya

Teks: Siti Khatijah Diana
Foto : Facebook Elee Mardiana (bukan orang yang sama tau)


Assalammualaikum.

Dengan rasa rendah diri, saya memperkenalkan karya selamat tinggal daripada saya. Tajuknya ialah Kerana Dia, Bidadari Syurgaku. Di bawah penerbitan baru iaitu Elee Mardiana Publisher. Beliau juga merupakan seorang penulis yang prolifik.

Kenapa saya katakan buku ini adalah karya goodbye? Sebab mungkin selepas ini saya akan fokuskan untuk capai matlamat saya untuk menulis buku bergenre remaja atau kanak-kanak sahaja. Tapi tak tahulah jika yang Maha Memberikan Rezeki mahu mengurniakan kepada saya sesuatu lagi. Amin ya Rabbal alamin.

Jadi sekarang ini, saya masih berusaha mencari ilmu-ilmu tentang dunia penulisan yang mahu saya terokai. Jika ada rezeki, maka adalah bahagian saya. Mohon tembakan doa-doa daripada pembaca blog dan rakan-rakan alumni ya. Saya masih di tahap belajar lagi.

p/s : buku ini akan berada di pasaran pada bulan Mac. Nanti jika ada pre-order, saya akan uar-uarkan di facebook. :)




8 ulasan:

  1. Oh sudah bergelar penulis ya....semoga terus maju jaya!!!

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas ucapan. Mengisi masa lapang. :)

    BalasPadam
  3. tahniah kak! dan teruskan berkayuh dalam lautan penulisan ^^

    BalasPadam
  4. sepatutnya kak..ini kata... welcome ...bukannya goodbye..he...apa salahnya menulis dengan pelbagai genre pun..ataupun guna nama pena yang lain...seorang penulis itu nama penanya banyak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak tak pasti, Anis. Bagi akak, genre dewasa sangat banyak cabarannya. Tak apa. Nanti kalau ada karya baru, akak kira buat comeback lah ya. Wah, bajet artis gitu. Hahaha.

      Padam
  5. Wow...hebat tu. Tahniah yer..As mesti beli novel ni...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih As atas ucapan. Terima kasih juga kerana menyokong. Sama-sama kita berusaha untuk penuhi impian. :)

      Padam
    2. Sama -sama. Memang admire sangat-sangat ni. Ingat senang ke nak tulis novel. Idea kena banyak. So memang salute lah ;)

      Padam