3 Hari di JDT

Teks : Siti Khatijah Diana

Tempoh hari, saya merantau ke negeri Johor. Datang untuk event sesi ramah mesra novelis bersama dengan pembaca. Sejujurnya, ini kali pertama turun untuk event sebegini. Sebelum ini tidak dapat join kerana ada banyak kekangan dan masalah peribadi yang sangat tak mengizinkan.

Apabila menyertai program sebegini, rupa-rupanya banyak benda yang telah saya pelajari. Terutama perkongsian dan ilmu-ilmu penulisan daripada novelis lain yang turut serta. Mereka sangat tidak lokek untuk menjawab segala persoalan saya.

Ada juga cerita tentang risiko-risiko dalam bidang penulisan. Tapi serasa saya, itu bukan menjadi halangan untuk saya meneruskan perjuangan dalam bidang ini. Selagi mana Allah mengizinkan. :)
 
Lepas tu, dapat pula kenal dengan para pembaca. Seronok berkenalan dengan jenis yang satu kepala. Mereka semua sangat cool. Ada yang siap bagi biskut, kek. Spaghetti hari itu pun sangat sedap.

Secara keseluruhan, saya sangat berbesar hati jika dapat menyertai event sebegini lagi. Semoga ukhwah yang terjalin antara kita, dapat diteruskan hingga ke akhir usia. Amin...


 



Ulasan