Ulasan Buku Tongkat naga Sakti

Teks: Siti Khatijah Diana

Buku ini diterbitkan oleh Penerbitan Hasrat Pelajar. Buku mengisahkan tentang pengembaraan untuk mencari harta karun.

Menariknya tentang buku ini, ia sama seperti buku yang pernah saya ulas sebelum ini yang bertajuk Rahsia di Puncak Tibet. Penulis menggunakan sudut pandangan orang kedua iaitu 'Kamu'. Jadi jika kita adalah pembacanya, maka secara automatik, kitalah yang akan menjadi watak utamanya. Hebat kan?

Tapi yang tak menariknya, jika kita tersilap memilih misi, maka nasib kita boleh dikatakan buruklah. Semasa kali pertama membacanya, awal-awal lagi saya dah 'mati' sebab kena kepung dengan naga. Kali kedua membaca ; dengan cuba pilih misi lain pula, saya kena panah beracun oleh makhluk aneh.

Ikutkan hati, malas nak ulang baca  sebab takut terkena nasib buruk lagi. Tapi sebab saya nak sangat dengan jumpa dengan harta karun tu, maka saya teruskan juga pembacaan. Dan nasib saya baik, kali keempat membaca, barulah terjumpa harta karun. Memang betul-betul menguji kesabaran kalau nak membaca tulisan yang menggunakan teknik ini.

Apa pun, secara keseluruhan, buku ini memang lain daripada yang lain. Memang puas hati sebab berada dalam koleksi. :)

Ulasan