25/05/14

Aiyak Cadbury

Teks: Siti Khatijah Diana
Foto:Google


Beberapa hari lepas, saya singgah di Mydin. Mencari jajan untuk kudap-kudapan. Ambil air kotak coklat, keropok 3 jenis, jambu kering (tak tahu nak panggil apa. Jambu yang dikeringkan lalu dipekkan. Macam jeruk gitu.) Last sekali, sempat jugak capai cadbury perisa Black Forest. Dah lama sangat tak makan.

Balik rumah, hidup macam biasa. Petang tu, baru tergerak hati nak makan sikit. Lepas tu buka facebook, ada orang upload pasal fasal surat yang mengatakan cadbury ada lemak khinzir. Masa tak syak apa-apa lagi. Ingatkan berita palsu. Esok harinya baru berita keluarkan kenyataan rasmi. Sah, dua produk cadbury ada lemak khinzir.

Memandangkan hanya dua yang disahkan, saya tak buang lagi coklat saya yang tak terlibat tu. Tapi tetap tak makan lagi. Takut esok lusa, dia orang cek, perisa black forest pula yang ada. Tapi setelah difikir-fikirkan semula, baik buang ajelah. Lagipun dah rasa syubhah. Mungkin yang tu lebih baik. 


4 ulasan:

  1. Check ingredient dia...sekarang ni as kalau nak beli ada apa2 check ingredient dlu. Kod utk lemak tu as save lam phone. Senang nak refer...

    BalasPadam
  2. Sebelum ni beli apa-apa tengok logo sah jakim aje. Kadang-kadang terlepas jugak. Adeh. T_T Nampaknya kena lebih berhati-hati lepas ni. Tq for the tips, As. :)

    BalasPadam
  3. Coklat yang sama juga dalam peti ais saya. >_< kekeke masih tak buang-buang lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tetiba rasa menyesal. T_T (tak mo beli dah.)

      Padam