16/05/14

Selamat Hari Guru, Cikgu.

Teks: Siti Khatijah Diana
Foto: Google

  


Macam mana ya nak mula? (garu kepala). Eh eh, dah mula pun. Maaflah. Sebab saya cuba nak karang ayat bagus, tapi tak tahu kenapa tak lepas.  Alangkah bagus kalau saya boleh berfikir seperti Sis Anis. Dia memang pandai bermadah bahasa. Jeles... (Anis!!! Bak ilmu sikit! Hehehe)

Okey, saya tak nak melalut lama-lama. Baik saya straight to the point. Memandangkan hari ni hari guru, pertama sekali, saya nak ucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya. Cikgu tadika, cikgu mengaji, cikgu sekolah, cikgu dekat U. Dan tak lupa kepada kakak saya. Cikgu sekolah dekat dalam hutan sana. (Dabong) Bertabahlah. Anda seorang guru yang berwibawa. Krik... Krik... Krik...

Yang paling saya tak lupa, cikgu penulisan saya yang sangat saya kasihi. Cikgu Mazlia Murat. Selamat Hari Cikgu ya. Jangan serik mengajar saya. Terima kasih atas segala tunjuk ajar selama ni. Walaupun cikgu tak dapat rotan saya, cikgu tetap cikgu saya sampai bila-bila. :)



2 ulasan:

  1. hahah kak ni lawak lah..Anis pun berfikir tak lepas jugak kak...nak juga buat ayat macam Pak Samad tapi belum tahap itu. Kak, ayat apa pun tak apa..janji maksud sampai. betul tak?

    BalasPadam