Ulasan Buku Kala Senja Dia Datang

Teks: Siti Khatijah Diana
Foto: Google



Ini kali pertama saya baca buku genre seram. Itu pun setelah dipaksa oleh kakak saya. Beria-ria sungguh dia suruh. Nak tak nak, terpaksalah saya baca.

Secara umum, dalam sebuah buku ini mengandungi 3 buah cerita seram yang ditulis oleh 3 orang penulis yang berbeza. Para penulis yang memang hebat dalam industri penulisan. Antara ceritanya ialah Kala Senja Dia Datang, Marina dan Penumpang Malam.

Masa mula-mula baca, serius saya memang tabik. Cerita Kala Senja Dia Datang, memang betul-betul membuatkan saya meremang bulu roma. Penggunaan bahasa yang sesuai dan mudah membuatkan saya dapat membayangkan apa yang sedang berlaku. Ternyata, penulis yang bernama A.Darwisy ini boleh dikatakan ada bakat hebat dalam tulisan seram. Memang respek habislah kat dia.

Saya juga tak sangka yang cerita ini sebenarnya berkait. Ada watak dalam cerita pertama, wujud juga dalam cerita yang kedua dan ketiga. Cerita Marina dan Penumpang Malam pun okey. Tapi serius, saya memang suka gila dengan cerita Kala Senja Dia Datang. Cubalah baca kalau nak rasa keseramannya.

 

Ulasan

  1. Assalamualaikum, salam perkenalan dan salam penulisan. Saya belum pernah membaca novel ni. Kalau tak silap saya pernah membaca sebuah novel Zaifuzaman Ahmad, tapi tak ingat pula tajuknya. Novel seram juga.

    P/S: Sudahkah membaca buku saya? Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa terbitan ITBM 2014. Jika berminat boleh dapatkan daripada saya. Maklumat lanjut boleh baca di blog saya. Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam. Salam perkenalan juga Tuan Helmi. Segan dapat berkenalan dengan penulis prolifik macam Tuan Helmi. Mohon tunjuk ajar ya. :)

    Insyaallah saya akan dapatkan karya Tuan Helmi jika berkesempatan nanti.

    Nota: Teringin sangat nak tengok cerpen sendiri terbit satu hari nanti. Tapi entah bilalah impian itu akan tercapai. T_T

    BalasPadam

Catat Ulasan