Ulasan Buku Dendam Ratu Ular

Teks: Siti Khatijah Diana
Foto: Google



Buku seterusnya yang bakal saya ulas bertajuk Dendam Ratu Ular. Terbitan Buku Prima dan ditulis oleh seorang penulis yang bernama Annur Shanana. Respek kepada beliau. Seorang penulis yang berbakat dalam genre seram.

Bagi saya, buku saya ini ada kelainan tersendiri. Ia mengisahkan tentang Kaira yang terpaksa bersekongkol dengan jin yang bernama Raja Ganerin. Sebelum perjanjian itu berlaku, kehidupan dia sering dirundum malang. Kaira sering diejek kerana memiliki wajah yang hodoh, cacat oleh penduduk kampung.

Setelah neneknya mati, bermulalah perjalanan hidup baru Kaira yang penuh dengan dendam. Dia berubah menjadi cantik dan membawa misi mencari manusia yang pernah menganiayainya dulu terutama Daud. Di samping itu, dia juga akan menamatkan riwayat sesiapa yang suka mencari pasal dengan Sofea. Kaira sangat menyayangi Sofea kerana wanita itulah satu-satunya wanita yang tidak pernah memandang hina terhadapnya sewaktu dia hodoh dulu.

Keseluruhan, jalan cerita Dendam Ratu Ular ini sangat menarik. Sebab apa saya kata ada kelainan, sebab penulis bijak mengupas persoalan untuk membuatkan kita berfikir. Sebagai contoh, wajah Kaira yang hodoh itu sebenarnya bukanlah hodoh betul pun. Cuma jin dan syaitan yang bijak memanipulasi pandangan mata manusia supaya Kaira kelihatan hodoh dan cacat.

Satu lagi saya tertarik dengan cerita ini, tentang bagaimana penulis membuatkan kita terfikir cara pengakhiran hidup Kaira. Kaira tidak mati, tapi dia sempat bertaubat. Sedangkan dosa dia teramat besar iaitu syirik kepada Tuhan. Tapi sebagai manusia, siapa kita untuk menilai manusia lain masuk syurga atau neraka? Untuk urusan itu, bukankah Allah lebih layak ke atas hamba-hamba-Nya. 

Apapun, saya suka dengan buku ini. Good job, penulis. :)




Ulasan