Ulasan Buku Kubur Bernyawa

Teks: Siti Khatijah Diana
Foto: Google





Ulasan buku kali ni masih lagi bertemakan seram. Tetiba saya rasa diri saya ni seram. Tak pernah-pernah dapat khatam laju-laju macam ni. Selalunya sebiji buku, ambil masa 3 bulan nak habiskan. Mungkin sebab dah blur nak menulis. Huhuhu.

Tulisan seram kali ni ditulis oleh seorang novelis yang prolifik juga. Menariknya, kisah seram ini ditulis oleh seorang wanita. Tahniah kepada penulisnya iaitu Ebriza Aminnuddin. 

Buku ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar kolej yang sedang berkhemah di dalam hutan. Entah macam mana, mereka telah terserempak dengan sebuah kubur sesat. Senang cerita, tindakan mereka itu seolah-olah membangkitkan semula roh penghuni kubur tersebut. Sejak itu, mereka terutamanya Jhaznarul dan Firdee Aqasha telah diburu oleh roh nenek tua.

Ada sebab kenapa hanya dua orang ini yang diburu oleh nenek tua itu. Penulis menyusun dengan baik plot-plot cerita untuk membuatkan kita meneruskan bacaan hingga ke mukasurat terakhir. Persoalan hutang dan ketamakan yang ditekankan, memang membuatkan saya faham apa yang mahu disampaikan.  Tahniah kepada penulis kerana menghasilkan naskah begini.

P/S: Kalau nama-nama watak dimudahkan, mungkin lebih senang pembacaan saya.
 



Ulasan