Yeay! Dapat bergelar Ahli Gema

Teks: Siti Khatijah Diana
Foto: Facebook Ketua Gema 1

Perasmian Bengkel Penulisan Kreatif dan Deskriptif oleh Pengarah DBP wilayah timur. (berbaju hijau)

Akhirnya, tamat sudah bengkel yang saya hadiri selama 5 minggu berturut-turut. Mak aih! Bunyi macam banyak. Tak adalah. Setiap hari sabtu aje. Bermakna, 5 kalilah bengkel itu diadakan. 

Nama penuh bengkel ialah Bengkel Penulisan Kreatif dan Deskriptif 2014. Bermula dari 17 Mei hingga 14 Jun 2014. Bengkel ini anjuran persatuan GEMA iaitu Gabungan Penulis Muda Kelantan. Dan saya secara rasmi menjadi ahli GEMA semasa pendaftaran awal hari itu. Nampaknya, kenalah aktif mulai hari ni. Huhuhu.

Sebenarnya, saya tak terfikirkan pun nak masuk bengkel ini. Entah macam mana, satu hari ada seseorang promosikan bengkel ini dalam facebook. Terus saya add Tuan Zainal Abidin untuk bertanya sendiri sama ada orang luar boleh sertainya. Sebab bengkel ini tumpuannya lebih kepada pelajar sekolah. Matlamatnya mahu melahirkan penulis di usia muda lagi. 

Alhamdulillah. Saya diizinkan untuk turut serta. Adalah 2-3 orang lagi individu lain selain pelajar yang turut sama. Jadi, tak adalah rasa kekok sangat.

Menariknya pasal bengkel ini, peserta diajar selok-belok dalam dunia puisi. Memang banyak ilmu yang dicurahkan. Serius, baru saya faham dengan jelas bagaimana proses puisi yang baik dihasilkan. Bukan buat sehari, boleh terus hantar. Kena banyak melakukan penyuntingan untuk memastikan puisi itu benar-benar berkualiti. 

Sangkaan saya, bengkel ini dianjurkan oleh penceramah biasa saja. Namun telahan saya silap apabila mereka yang datang bukan calang-calang orangnya. Ada yang pernah memenangi hadiah sastera melalui puisi yang dinukilkan.

Siapa tidak tahu pasal Rosli K. Matari? Semasa belajar dalam kelas Prof. Lim Swee Tin dulu pun, nama ini jugalah yang kerap disebut. Begitu juga dengan Encik M. Arif. Cara dia mengajar, memang membuka mata saya untuk menghasilkan puisi yang baik. Begitu juga dengan Encik Mohd. Zizee Setapa, Encik Izani Haji Daud dan ramai lagi. Pendek kata, bengkel ini tidak boleh dipandang remeh.

Ada projek antologi yang bakal dilakukan bagi peserta-peserta bengkel. Setiap peserta wajib menghantar karya bagi diterbitkan. Saya turut menghantarnya. Tapi tak tahulah lepas atau tidak. Apapun, saya sangat gembira dapat menyertai bengkel seperti ini. :)




Ulasan