Ia Berlaku Pada Saya

Teks: Siti Khatijah Diana
Foto: Google



Hari ini, saya baru tergerak hati nak pergi cari baju raya. Itu pun sebab mak yang paksa. Malas sebenarnya. Macam biasa, pakaian yang lebih selesa dipakai tentulah jubah. Warna kegemaran, warna gelap. Tak hitam, biru tua. Warna lain, pandang dengan ekor mata aje.

Mula-mula pergi cari dekat pekan Jelawat dulu. Ada yang berkenan, tapi saiz pula yang terlebih kiut. Kalau dipakai, sah-sah  beraya dalam rumah aje. Jadi, terpaksalah batalkan niat nak ambil jubah tu. Terfikir jugak, rasa macam nak balik rumah. Pakai aje baju raya tahun lepas pun tak apa, tapi takut kena 'ceramah' dengan mak. Jadi, perjalanan diteruskan menuju ke Kota Bharu. Destinasinya, KB Mall. Lebih banyak pilihan.

Dalam perjalanan, entah macam mana saya dapat rasa si kancil yang dipandu, macam sedang 'merengek-rengek' manja. Mula-mula tak syak apa-apa. Tiba-tiba saya terpandangkan meter suhu dekat dashboard tu. Mak aih! Melepasi garisan H. Memang sah panas tahap menggelegak dah.

Fikir punya fikir, saya kona baring (dramatiknya) kat satu selekoh lepas lampu isyarat. Jarang orang buat, tapi saya buat. Maka, berhentilah saya dekat satu deretan bangunan kedai. Kemudian, saya terus matikan enjin. Telinga dapat mendengar jelas, bunyi air mendidih dalam enjin. Cuak? Of course. Tambah-tambah call abah tak dapat. Agaknya dia berada di luar kawasan.

Lepas tu, call abang saya. Tanya dia, kalau meter tunjuk melepasi garisan H, maksudnya apa ya? Dia cakap, tak ada air dah tu. Cepat-cepat dia pesan, jangan buka penutup tangki apa benda entah dulu. Biar sejuk. Lepas tu, pergi beli air dan bubuh.

Kebetulan, ada restoran Cina yang bukak. Adalah dekat 10 orang pelanggan, tapi semuanya bangsa lain. Awalnya, takut jugak nak pergi beli air sebab ada notis umat Islam dilarang membeli ... (saya tak baca habis, tapi dah dapat agak beli apa), maklumlah bulan puasa. Tapi disebabkan dah tak ada cara lain, terpaksalah juga saya beranikan diri pergi beli air mineral dekat kedai tu.

Semasa pekerja dia tanya nak plastik tak, saya cakap tak payahlah sebab nak bubuh air dalam kereta aje. Kebetulan tauke dia terdengar. Terus dia cakap, "Eh, kalau nak bubuh dalam kereta, tak payah guna air ni. U ambil air dekat belakang sana aje." Terus dia suruh pekerja ambil air satu jag untuk saya.

Saya terkejut sebenarnya. Tak sangka cina tu prihatin dengan kesusahan saya. T_T. Lepas tu, masa pekerja dia bawa satu jag air untuk saya, saya tanyalah dia, (perempuan melayu), "Kak pandai tak bubuh air dalam kereta?", dia jawab tak.

Saya dalam hati, hah sudah! Sebut pandai, tapi nak buat??? haih!

Kebetulan, ada 3 orang pelanggan dia berbangsa India yang baru selesai makan dan parking di sebelah kereta saya, terdengar perbualan saya tadi. Salah seorang daripada mereka terus datang kepada saya, dan bertanya masalah saya, saya pun jawablah.

Lepas dia tahu saya on the way nak isi air, dia segera halang saya daripada berbuat demikian. Katanya, kalau enjin tengah panas, tak elok letak air biasa. Takut nanti rosak dalam. Besi panas bertemu dengan air biasa, akan menyebabkan besi itu bengkok. Betul jugak kata saya.

Dia kemudian sarankan saya pergi minta dengan tuan kedai tadi air panas. Mengejutkan, taukeh tadi berbesar hati nak bagi. Kemudian, kereta saya terus dikelilingi kawan-kawan India dia tadi. Termasuk dengan tauke cina tu sekali. Kalau boleh digambarkan, memang tadi kami semua tak ubah macam sedang berlakon iklan 1 malaysia pun ada. Serius, rasa terharu dan berbangga.

Selepas selesai semua 'penggambaran' tu, memang saya tak berhenti-henti ucap terima kasih kepada mereka. Dah macam orang Jepun gaya saya tertunduk-tunduk kat mereka. Kalaulah tak ada mereka, agaknya tak tahulah apa yang jadi. Tengah-tengah panas pulak tu. Syukur semuanya selamat. :)

p/s: baju pun dah selamat dibeli. Hihihi.





Ulasan

  1. Balasan
    1. Ya... syukur sangat-sangat. T_T

      p/s : lama tak dengar khabar awak, As. hehehe.

      Padam

Catat Ulasan