15/07/16

Grrr... ini semua scam punya pasal.

Salam. Hari ni tiba-tiba boleh hot. Mana taknya, aku tersalah anggap orang yang telefon aku pagi tadi. Ingatkan scam. Rupa-rupanya orang lain. 

Sebelum ni, aku selalu dapat panggilan daripada 03-??????. Aku tahu tu nombor dari KL. Bila aku angkat, yang telefon tu formal gila. Antara dialognya, 

Boleh saya bercakap dengan Cik Siti Nurhaliza. Eh tak. Cik Siti Khatijah Diana..... saya dari pihak insurans, pihak cimb, pihak takaful pebenda entah. Kita yang tak tahu ni, layanlah jugak. Pernah sekali tu dengar celoteh depa hampir setengah jam. Ingatkan nak bagi hadiah free ke apa sebab aku ni memang pantang benda-benda free. Rupa-rupanya nak suruh masuk skim insurans-gabungan-bank-apa-ingat-aku-tak-tahu-ni-scam-ke.

So, masa tak tahu tu awal-awal dulu, alasan yang aku bagi, aku ni tak kerja. Kalau nak masuk, macam mana aku nak bayar? Aku soal dia. Tup tup dia letak. Okey. Aku dah mula syak. Ingatkan dah berhenti call, rupa-rupanya minggu depan tu call lagi.

Begitulah keseterusnya. Dapat call hari-hari. Sampaikan aku ni dah masak nak bagi alasan apa. Kalau dia tanya sibuk tak, aku jawab ye. Kalau dia nak minta masa 15 minit, aku cakap aku hal penting. Pernah sekali tu, ada call 2 hari berturut-turut. Last-last aku sound, woi aku ni tahu ni scam. Jadi tak payahlah nak call aku lagi. Blacklistkan nama aku dari data tu. Dia jawab, baiklah cik Siti. Hah, tahu takut.

Masa tengah puasa hari tu pun, pernah dapat sekali telefon daripada depa ni. Gigih betul nak tipu aku yang tak ada apa-apa. Macam biasa, aku cakap aku tengah sibuk. Kebetulan tengah beli baju raya. Sibuk betullah. Dan untuk makluman, aku memang alert semua panggilan tu dari KL. 03....

Nak dijadikan cerita, disebabkan trauma dapat panggilan macam ni, pagi aku dapat panggilan dari 03 lagi. Kebetulan mak aku pun jawablah. Ingatkan mak sedara yang call sebab sebelum tu dia yang nak call mak sedara tapi tak dapat. 


Mak aku kalau dapat panggilan formal macam ni, dia memang mudah panik. Cepat-cepat dia lempar telefon kat muka aku (ada unsur tokok tambah di situ). Aku ambillah telefon. Sempat jeling skrin, 03. Oh scam lagi


Lepas ambil, aku pun dengan selambanya kata, "scam ke ni?". Harapan aku, orang yang call aku tu terus letak. Tak payah aku nak berbual sakan kat dia. Penat weh layan penipu ni.

Tup tup, yang jawab begini. "Eh tak. Saya daripada Buku Prima."

Masa tu, jantung aku dah jatuh ke tapak kaki. Astaghfirullahazim. Aku terus minta maaf kat dia. Cakap tak sengaja sebab dah biasa dapat call 03 jadi terus fobia. Aduh... 

Adalah cakap sikit-sikit. Berkenaan satu manuskrip yang pernah aku hantar dulu. Aku rasa editor yang telefon. Kesian tuan editor. Kalau kena banned, memang aku tak salahkan dia. Tapi aku salahkan scammer-scammer tak guna ni. Dahlah nak cari kerja susah, dorang lagi menyusahkan kerja aku. Agaknya scammer ni bengang kot tak dapat tipu aku. 

Hmm.., Tapi tak apalah. Kalau ada rezeki, mudah-mudahan dapatlah terbit buku nanti. Doa-doakan ye. :)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan