Beberapa
tahun lalu...
Suasana
dalam kelas begitu bising. Memandangkan cikgu tak masuk, ramai pelajar memilih
buat hal masing-masing. Tak terkecuali aku. Tapi aku tak suka buat bising. Tak
sopan rasanya. Aku lebih suka buat benda lain.
“Zara,
keluar dengan I petang ni nak? I bawak U jalan-jalan dengan kereta sport I.”
Aku mempelawa salah seorang paling pelajar paling cantik dalam sekolah. Tidak
berkerdip kelopak mataku memandangnya.
Lebar
sungguh aku menyengih saat ini. Kerana aku tahu, pasti Zara buta-buta takkan
menolak ajakanku. Semua orang dah sediamaklum. Dekat sekolah ni, aku boleh
dikategorikan sebagai pelajar paling popular.
Pakej
lengkap yang aku ada ; anak orang kaya, muka hensem tak payah taruk plastik,
mulut manis pandai mengayat, memang sedikit sebanyak menaikkan sahamku ke paras
yang tertinggi.
Disebabkan
kriteria-kriteria itulah, aku sememangnya menjadi perhatian sekolah. Ramai
awek-awek beratur untuk mengusharku seorang. Pelajar yang lebih muda
daripadaku, tak segan-segan mahu mengangkatku sebagai abang mereka.
Tapi
aku minta maaf awal-awal. Bab-bab berangkat ni, aku memang tak minat. Cuma apa
yang aku buat, aku layan mereka sama rata. Nak bagi hadiah, bagilah. Aku
terima. Tapi jangan harap aku nak balas balik. Buang duit dan masa aku. Lagipun
bukan aku yang suruh mereka buat aku macam tu.
“Maaflah
Arash... I sibuk minggu ni. Lain kali ye.”
Terus
mulutku terlopong mendengar jawapan itu. Terkebil-kebil kelopak mata. Aku
pandang Zara dengan rasa tak percaya. Agaknya, aku yang tersalah dengar. Oh...
baru sekarang teringat nak cuci telinga. Dah dekat sebulan tak korek ni.
“Okey.
Nanti I bawak U kat tempat special tau,” kataku sambil tersengih. Tak sabarnya
rasa nak jalan-jalan dengan awek.
Zara
memandangku pelik. Dahinya berkerut sambil keningnya turut terangkat sebelah.
Kemudian, dia melontarkan semula pandangan ke arah buku teks STPM yang terletak
di atas meja.
“Ajak
orang lainlah, Arash. I betul-betul sibuk ni. Dah. Jangan kacau I lagi. I nak
study.” Zara bersuara tegas. Satu dengusan kasar kedengaran. Menandakan dia
bengang apabila aku seakan mendesaknya lagi.
Aku
kelu tanpa kata. Dengan persoalan yang bermain di fikiran, aku segera mengatur
langkah menuju ke tempat dudukku.
“Apa
cerita weh? Dapat tak ajak dia keluar?” Soalan itu terus dilontarkan oleh
Taufik. Rakan baikku sejak zaman kecil lagi.
Selain
itu, Taufik ni boleh dikategorikan sebagai penasihat aku. Ke mana saja aku
pergi, dia mesti ada. Aku dengan dia diibaratkan seperti isi dan kuku.
Dulu
dia pernah cakap, dia ikut aku pun bersebab. Katanya lagi, dia kawan dengan aku
sebab nak tumpang populariti aku. Aku tak jadi nak marah sebab dia berterus
terang awal-awal. Sekurang-kurangnya, Taufik ni tak tikam aku dari belakang.
Untuk
pengetahuan, Taufik walaupun nampak dungu, tapi otaknya agak geliga jugak.
Sebab tu aku angkat dia jadi penasihat terhormatku. Sebelum rehat tadi, dialah
yang menyuruh aku keluar dengan Zara hari ni.
“Dia
tak nak, Fik.” Aku berkata dengan nada kecewa.
“Serius?!
Zara tak nak?”
Aku
mengangguk sedangkan aku sendiri masih lagi bergelut menghadamkan jawapan itu.
Zara menolak?! Adakah semua ni mimpi?
Dulu,
kalaulah aku tak penuhi permintaan minah tu, dia siap tayang muka manja semedang
tanda merajuk. Sekarang ni, boleh pula dia pandang aku sebelah mata aje. Apa sebenarnya
yang dah terjadi ni?
Buat
seketika, sepi menghiasi perbualan kami berdua. Masing-masing ligat mencari
jawapan kepada situasi misteri ini. Mana tidaknya. Minggu ini, bukan Zara aje
orang pertama yang menolak ajakan seperti itu. Hani, Mila, Ramona, turut
berbuat hal sama padaku.
“Aku
tahu apa yang terjadi, Arash.”
Tiba-tiba,
suara Taufik berbunyi memecahkan kebisuan. Aku berpaling memandang wajahnya
yang berada di sebelah. Air mukanya tampak serius dan berkerut. Kalah kerutan
wajah Albert Einstein. Entah apalah yang dia nak cakapkan. Genius ke tidak ni?
Aku tertanya-tanya.
“Apa
dia, weh?”
“Aku
rasa nasib kau bakal berubah...”
Mata
Taufik kurenung dengan penuh tajam. Dia turut pandang wajahku tanpa berkerdip.
Persis tukang tilik yang bakal memberi khabar buruk terhadap pelanggannya.
Serta-merta, aku dapat rasa bulu romaku tegak merinding.
“Kau
cakap apa ni? Jangan buat aku takutlah. Kau ni, ada amalkan ilmu salah ke?”
“Hish
kau ni. Ke situ pulak.”
“Habis
tu?”
“Dari
apa yang aku lihat, nasib kau dah tak macam dulu. Bukan ke semalam kau cakap
kat aku, pelajar perempuan ramai yang dah tak layan kau sangat. Lepas tu,
peminat kau macam dah tak ada kan.” Suara Taufik berbaur menyeramkan.
Taufik
aku pandang semacam. Rasa macam nak tokak aje kepala mamat tu sekarang. Perlu
ke guna intonansi ala-ala rumah hantu macam tu? Hish... saspens sungguh.
Tapi
apa yang Taufik cakap tu, memang aku tak dapat nafikan. Bukannya aku tak
perasan, sejak akhir-akhir ni, layanan aku terima daripada orang sekeliling
sangat berbeza. Berbanding sewaktu aku menjadi kegilaan dulu.
Kalau
dulu boleh dikatakan, setiap kali aku sampai ke sekolah, maka bertimbunlah
surat layang ada dalam laci mejaku. Itu tak termasuk dengan hadiah yang
diberikan oleh peminat rahsia. Itupun nasib baik aku tak berikan nombor
telefonku kepada orang sembarangan. Kalau tak, pasti ‘jammed’ teruk aplikasi wassap,
wechat dan sebagainya.
Saat
itu, mulut Taufik kelihatan terkumat-kamit sambil memandang ke arah aku.
Dahinya turut berpeluh-peluh. Nafasnya turut naik dengan mata yang terpejam
sekali-sekala. Dia sekarang ini seolah-olah sedang bergelut secara spirutual
dengan makhluk yang ada dalam badanku.
Pap!
Tiba-tiba,
tangannya boleh terhempas keras ke atas bahu kananku. Aku terperanjat. Hampir-hampir aku terhumban ke belakang.
Astaghfirullah
dia ni... kalau termati aku tadi macam mana? Ada juga mamat yang nak kena kacau
dengan roh aku seumur hidup dia gamaknya. Nasib baiklah yang buat tu kawan baik
sendiri. Kalau orang lain, dah lama aku terajang guna jurus ke-18.
“Nasib
kau akan malang, Arash. Ada awan hitam akan melingkari sepanjang hidup kau
selepas ni.”
Okey.
Ini aku terlupa nak cerita detail pasal kawan aku yang bernama Taufik ni.
Sebenarnya dia ni, memang obses gila dengan alam mistik. Suka tengok cerita
hantu dan misteri. Cita-cita dia pun, tak silap aku dia nak jadi pengkaji
kejadian-kejadian paranormal. Paling cikai pun, dukun katanya.
Tapi
perlu ke guna ayat misteri macam tu kat aku? Buat orang seram sejuk adalah.
Kalaulah sekarang ni aku tak waras, memang dah lama dia ni masuk alam
paranormal. Baru tercapai terus cita-cita dia. Tapi tulah. Aku pulak yang tak
sanggup nak hilang kawan ‘sakit’ macam si Taufik ni.
“Kau
jangan merepek boleh tak, Taufik? Kang tak pasal-pasal, orang makan nasi guna
mulut, tapi kau guna hidung.” Aku mengingatkan. Serius, aku dah rasa cuak
semacam dengan ayat dia tu.
Mana
tidaknya. Ancaman dia tadi telah mengingatkan aku tentang kejadian sewaktu
dalam bilik air semasa kat rumah tadi. Selepas siap mandi pagi, aku beransur
mahu keluar ke kamar. Entah macam mana, aku boleh tak perasan sebiji sabun
terletak tepat-tepat di laluanku.
Lalu,
meluncurlah aku macam orang sedang main ice skating apabila terpijak sabun tu.
Mujurlah aku sempat berpaut pada tiang katil. Kalau tak, tak tahulah apa yang
jadi. Masa tu, tuala melilit pinggang dah tak tahu letak mana.
Belum
habis dengan kecelakaan tu, muncul lagi satu musibah lain. Semasa dalam
perjalanan nak turun ke bawah untuk bersarapan, tiba-tiba aku tersalah pijak
anak tangga. Akibatnya, aku bergolek-golek jatuh sampai ke bahagian bawah. Terus
mukaku tersemban ke lantai. Separuh bahagian bawah badan masih berada di anak
tangga terakhir.
Sakitnya...
tak payah cakaplah. Kalah orang nak beranak kot.
“Kamu
ni dah kenapa Arash? Nak jadi budak kecik balik ke sampai kena
merangkak-rangkak macam tu?”
Suara
papa menegurku secara tiba-tiba. Entah dari mana dia muncul pun aku tak tahu.
Soalan berbaur perlian itu, benar-benar menambahkan rasa sakit yang sedang
ditanggung. Punyalah tragik cara aku jatuh tadi, boleh pulak dia cakap aku nak
jadi budak kecik balik. Tak masuk akal langsung.
“Papa...
orang jatuhlah.” Aku bangun lalu menyapu debu-debu yang singgah.
Rasa
sakit tadi, terus aku tolak tepi. Baru tadi berniat nak minta cuti sekolah.
Tapi disebabkan takut kena hentam dengan papa, terus aku padamkan niat aku tu.
Jatuh sikit pun nak minta mc ke?
“Dah
tu, lain kali jalanlah betul-betul. Sepanjang papa hidup, tak pernah lagi papa
tersadung macam kamu tu. Nasib baiklah tak patah hidung. Kalau tak, menangislah
perempuan-perempuan yang tergila-gilakan kamu tu nanti.” Papa berkata sambil
menahan diri untuk ketawa.
Aku
tersengih bak kerang busuk. Rupa-rupanya, papa tahu yang aku memang jatuh tadi.
Agaknya dia buat macam tu sebab tak mahu manjakan aku. Papa memang selalu macam
tu. Walaupun dia selalu tegas apabila berdepan denganku, tetapi jauh di sudut hati,
aku tahu dia memang sayangkan aku.
“Semua
bangun...”
Suara
ketua kelas yang berkumandang, mengejutkan lamunan aku. Akalku segera memproses
arahan itu. Lantas aku pun bangun serentak bersama dengan para pelajar lain.
Wajah Cikgu Jalal menghiasi anak mata kami semua.
“Assalammualaikum,
Cikgu.”
Satu
kelas bergema dengan salam yang diberikan kepada cikgu subjek pengajian am itu.
Setelah menjawab salam tersebut, Cikgu Jalal tidak terus mengajar seperti
selalu. Dia berdiri tegak seolah-olah mahu menyampaikan sesuatu pula.
“Okey.
Sebelum saya mulakan kelas, saya ada perkara nak bagitahu kamu semua. Hari ni,
kelas 6 Atas 1, akan mendapat seorang pelajar baru.”
Saat
itu, baru satu kelas perasan ada kelibat seseorang yang sedang menunggu di
balik pintu masuk kelas. Nak tengok rupa dengan jelas, tak nampak sangat sebab
wajahnya terlindung di sebalik pintu dan dinding.
“Kamu
boleh masuk sekarang.” Suara Cikgu Jalal mengarahkan pelajar tersebut.
Maka,
masuklah pelajar itu setelah diarahkan. Tatkala itu, suasana kelas terus menjadi
senyap sepi. Ada yang ternganga mulut sampai kerbau pun boleh muat. Siapa lagi
kalau bukan si Taufik sebelah aku ni. Dia ni memang pantang kalau bab-bab macam
ni.
Selalunya,
Taufiklah yang akan menjadi tukang imbas sama ada mana-mana perempuan sesuai
digandingkan dengan aku ataupun tidak. Segala komen, teguran, kritikan memang
dia akan berikan untuk aku membuat pilihan dengan bijak.
“Wah.
Mangsa aku ni.”
Suara
mamat tu kedengaran separuh berbisik di telingaku. Aku kehairanan sejenak mendengar
pernyataan tadi. Sebab setahu aku, Taufik susah nak cari seseorang untuk
dijadikan ‘mangsa’nya. Nampaknya, pelajar kali ni, telah menepati kriteria yang
dimahukan olehnya.
Tatkala
itu, aku berpaling semula ke arah pelajar baharu tadi. Ketika ini, baru aku
jelas dengan penampilan sebenar wajah pelajar tersebut. Gadis itu kelihatan
hanya bercelak di matanya. Tidak berlipstik lipbam. Rambutnya dilepaskan
melepasi paras bahu.
Macam
makhluk Gothic. Patutlah Taufik nak. Memang keturunan dia.
Selepas
merenung pelajar baru tu lama-lama, tiba-tiba aku aku dapat tangkap sesuatu. Terdapat
gerakan berirama yang sedang berlaku pada mulutnya.
Mataku
terbuntang luas. Mak aih! Biar betul! Selamba gila budak ni makan gula-gula
getah. Entah kenapa masa tu, aku dah dapat rasa lain macam tentang budak ni.
Orang kata, aura buruk. Tapi tak tahulah telahan hatiku ni tepat ke tidak.
“Sila
perkenalkan diri kamu kepada rakan-rakan.” Cikgu Jalal berkata dengan nada
suara yang seakan di persimpangan dilema.
Aku
rasalah, mungkin sebenarnya Cikgu Jalal mahu tegur budak tu supaya berhenti
kunyah chewing gum. Tapi disebabkan waktunya masih belum sesuai, sebab tu Cikgu
Jalal memilih untuk membiarkan. Budak barulah katakan.
“No
problem. Nama aku, Riz. Panggil Riz.”
Mendengar
jawapan itu, semua mulut yang ada dalam kelas 6 Atas 1 ternganga. Termasuk
dengan mulut aku jugak. Serius. Gila kering hati budak baru ni. Tak ada
toma’ninah langsung. Kasar. Langsung tak beradab.
Belum
sempat pun aku mengomen, telingaku mula dengar ada beberapa orang dah berbisik
sesama sendiri. Siap bergawang tangan bagai. Mesti mereka pun sedang mengutuk perangai
tak semenggah budak ni.
“Err...
okey. Kamu boleh duduk sekarang.” Cikgu Jalal berkata dengan air muka pasrah.
Mengangguk
tidak, menjawab pun tidak. Kemudian, pelajar perempuan yang bernama Riz tu
terus berjalan mara ke hadapan. Melintasi satu-persatu pelajar tanpa menghadiahkan
sebarang senyuman pun.
Sampai
saja kakinya di laluan sebelah mejaku, tiba-tiba saja pelajar itu boleh berhenti.
Badannya berpaling sepenuhnya untuk menghadap aku. Dengan air muka bengis,
ditambah dengan sebelah kening terjongket, dia bersuara ke arahku.
“Apa
tengok-tengok?! Tak pernah tengok orang ke?!” Suara itu melengking tepat-tepat
di telingaku.
Aku
tersentak lalu terkedu. Merah padam mukaku menahan malu. Aiseyman... kenapa
pulak dengan dia ni? Tetiba aje sound aku. Kenal pun tidak.
Salah
ke kalau aku tengok celak yang dia pakai? Lagipun, bukan aku seorang aje yang
tengok dia. Zara, Aisyah, Hamdan, Iraf pun sama. Taufik sekaki. Apasal aku
seorang yang kena? Mana aci macam ni.
Saat
itu juga, telingaku dapat mendengar ada suara orang sedang ketawa mengekek.
Bukan seorang dua yang ketawa. Hampir satu kelas dilihat sedang menahan kekekan
sambil melontarkan pandangan ke arahku.
Oh
ya. Baru aku teringat. Seumur hidup akulah, rasanya tak pernah lagi ada orang
yang pernah tengking aku. Ini bermakna, budak freshie ni dah cipta sejarah
dengan memalukan aku depan orang ramai.
Cis
cis... ni bukan tahap kurang asam jawa dah ni. Kurang asam gelugor, asam pedas,
asam cuka dan bermacam lagilah. Memang tak patut betul dia buat aku macam ni.
Ini tak boleh jadi. Aku harus malukannya semula. Siapa suruh dia mulakan dulu?
Silap oranglah kalau cari pasal dengan aku.
Baru
saja aku nak buka mulut nak membalas apa yang dia dah buat kat aku, pelajar baru
tu terus berjalan untuk meninggalkan aku. Sekali lagi, aku diketawakan rakan
sekelas. Bertambah merah mukaku menahan malu. Budak menyakitkan hati tu,
mengambil tempat kosong di mana kedudukan itu tepat-tepat berada di belakang
kedudukan sekarang aku.
“Okey.
Kita sambung pelajaran sekarang.” Cikgu Jalal bersuara setelah memastikan
pelajar baharu itu mengambil tempat duduknya. Semua pelajar mula duduk. Termasuk
aku yang masih lagi berbahang dengan situasi tadi.
“Garanglah
pulak dia tu. Tak jadilah aku nak.” Suara Taufik kedengaran berbisik lagi di
telingaku.
Air
mukanya kelihatan berubah-ubah seolah-olah menahan sesuatu. Aku yakin, Taufik
pun sedang gelakkan aku sebab kena sound dengan minah tu tadi. Ikutkan hati,
nak aje aku koyak-koyakkan muka si Taufik ni. Geram. Sampai hati dia gelakkan
kawan sendiri.
Tapi
paling membuatkan aku geram, tentulah pasal minah tadi. Aku tak boleh lupakan
apa yang dia dah buat pada aku. Kalau macam nilah perangai, jangan haraplah dia
nak masuk dalam senarai orang yang aku akan ayat. Kau melutut nak couple dengan
aku pun, aku takkan terimalah perempuan. Padan muka kau.
Apa
yang aku tahu, sepanjang Cikgu Jalal mengajar, aku tidak dapat memberikan
sepenuh perhatian kepadanya. Bukan kerana aku terkenangkan budak tu. Tapi aku
teringatkan semula kata-kata awal si Taufik tentang awan hitam tadi.
Agaknyalah, mungkin celak hitam tu ialah petandanya kot?
Oh
tidak!!!
Hahaha....kelakar sungguh la. As start gelak kekek-kekek kat ayat ni “No problem. Nama aku, Riz. Panggil Riz.”...pastu sambung gelak lagi...
BalasPadamMemang kelakar sungguh...
As kalau tulis cerpen belum sampai lagi tahap orang baca boleh gelak :( Nak kena berguru ngan awak pula kot :)
Serius, sampai sekarang saya tak mampu menulis cerpen dengan baik. Jeles tengok orang hantar cerpen kat majalah. Respek dengan orang yang mampu menulisnya. T_T
PadamTerima kasih As sudi baca. :)
Eh, ni dah kira baik dah ni. Kira terror dah ni...
PadamBetul tu, As pun memang aim nak hasil karya As masuk majalah. Tu memang kena berusaha keras ni :)
Tunggu Bab 3... xsabar nak baca;)
Insyallah akan diupdate. Sama-sama berusaha masuk majalah. :)
PadamYup... insyaAllah kalau ada rezeki tak ke mana ;)
Padam