Kisah Semalam (2 Ogos 2014)

Teks: Siti Khatijah Diana
Foto: Koleksi peribadi

Sejak bengkel penulisan anjuran persatuan Gema berlalu tempoh hari, saya langsung dah tak menulis. Baik novel, cerpen apatah lagi puisi. Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin semangat menulis dah mula menurun. Tambahan manuskrip yang tahun-tahun lepas dah dapat jawapan bahawa telah direject. T_T

Tak apalah. Mungkin bukan rezeki saya. Agaknya sebab itu semangat saya menurun kot. Hihihi. Tapi semalam, 2 Ogos 2014, saya telah menghadiri majlis jamuan raya anjuran persatuan Gema sendiri. Kebetulan saya sangat berkelapangan. Jadi, saya pun datang. Bersama dengan ayah dan emak saya sekali.

Selain majlis jamuan raya, majlis itu adalah majlis perlancaran buku antologi puisi dan cerpen hasil peserta bengkel tempoh hari. Juga majlis penyampaian hadiah kepada penulis yang karyanya dinilai oleh beberapa panel. 

Sangat mengejutkan apabila saya terpilih untuk mendapat hadiah tempat ketiga bagi kategori cerpen. Serius terkejut. Tak kabo apa-apa pun dalam email. Nasib baik tak pakai seluar pergi majlis. Adeh. Lebih menarik, saya juga terpilih untuk menerima hadiah penghargaan kategori puisi. Wah. Masa tu, memang terus pucat lesi muka nak ambil hadiah.



Paling membuatkan terkedu, saya turut mendapat hadiah cabutan bertuah pada hari yang sama. Pendek kata, 3 kali saya naik pentas. Masa tu, memang dah tak terkata. Inilah dikatakan rezeki. T_T

Untuk makluman, cerpen itu adalah cerpen yang saya buat dalam kelas penulisan online dengan Cikgu Mazlia Murat. Cuma saya rombak sikit. Tugasan pertama kalau tak silap saya. Dan puisi saya itu, hasil tunjuk ajar Cikgu Arif atau lebih dikenali sebagai M Arif. Terima kasih kepada mereka berdua kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya.

Apapun, saya tetap berasa kerdil kerana bersaing dengan adik-adik yang jauh lebih muda daripada saya. Bagi saya, mereka sangat berbakat. Pemenang tempat pertama bagi kategori cerpen, seorang remaja lelaki . Saya dah baca cerpennya. Memang sangat mengagumkan. Saya yakin dia boleh pergi dengan lebih jauh dalam bidang cerpen. 

p/s: sepatutnya selepas dapat hadiah, saya harus bersemangat semula untuk menulis. Tapi sekarang, rasa macam tak ada apa-apa pun. Sah! Ni pemalas namanya. T_T


Ulasan

  1. Tahniah saya ucapkan. Teruskan menulis. Semoga berjaya menghasilkan karya yang bermanfaat untuk semua.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Terima kasih atas ucapan. Tapi saya mengaku, bukan senang untuk menulis puisi dan cerpen. Idea datang tenggelam timbul Kagum pada orang yang boleh melakukannya.

    BalasPadam

Catat Ulasan