3/08/14

Korea? Bolehlah...

Teks; Siti Khatijah Diana
Foto: Google

Memandangkan tak menulis dah sekarang, jadi saya buat keputusan nak ceritakan serba sikit tentang bagaimana terjebaknya saya dalam dunia K-pop ni. Aiyak! T_T

Seingat sayalah, virus k-pop menyerang saya pada tahun 2010. Masa tu, adik-beradik saya sakan duk pasang lagu negara korea tu. Mula-mula dengar, tak layan mana. Lepas banyak kali dengar, terus 'tersuka'. Adeh...

Kumpulan pertama yang saya suka, ialah kumpulan 2pm. Lagu kumpulan dorang memang best. Antara lagu-lagu kesukaan, I'll Be Back, Again and Again, Without You.  Dulu kumpulan ni ada 7 orang. Lepas ada krisis sikit, tinggallah 6 orang. 



Entah macam, pada tahun 2011 atau 2012, minat saya bertukar kepada kumpulan lain pula. Mujurlah tak ada tanda-tanda peminat tegar k-pop. Saya boleh terminat kumpulan f(x) pulak. Di bawah ni adalah geng-gengnya.



Dan bermula hujung tahun 2012, minat saya bertukar lagi. Adeh... kali ini, saya suka kumpulan Snsd pulak. Atau nama antarabangsanya dikenali sebagai Girls Generation. Girls group nombor satu dekat Korea Selatan. Ini adalah ahli-ahli kumpulannya :




Sekarang ni, rasanya minat tak bertukar lagi. Bagi saya, grup ni ahlinya memang gila-gila. Bond antara mereka memang sangat kuat antara satu sama lain. Saya selalu tengok variety show dorang. Memang best. Huhuhu.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan