28/09/14

Bulan Yang Sibuk

Teks: Siti Khatijah Diana

Assalammualaikum. Lamanya tak jenguk blog ni. Hampir jugak terlupa kata laluan. Adeh. Sibuk punya fasal. Buat apa sibuk? Sebenarnya kalut uruskan adik yang nak mulakan tugas sebagai pekerja kastam. Alhamdulillah, semuanya dah selesai sekarang.

Sepatutnya, urusan nak settlekan semua kerja tu tak adalah sukar mana. Tapi saya yang buat-buat sukar. Mula-mula, pergi medical check up, lepas tu beli barang-barang, cop sijil dan borang yang mana patut. Kalau ikutkan, boleh buat dalam masa seminggu aje. Tapi tak tahu kenapa, kerja tu saya buat dalam masa sebulan. Mungkin belum bersedia nak berpisah dengan adik kot. Hahaha.

Sempat jugak pergi makan-makan sebab nak raikan. So, kami sekeluarga pergi ke Seoul Garden. Mula-mula masuk, macam jakun sikit. Yalah. Satu orang, bayar lebih kurang RM40, tapi boleh makan apa saja sampai pecah perut. Adoi. Dalam tak percaya, habis kot seekor lembu kami bantai. Hahaha. Tak adalah. Melawak ja. Kami bukan 'penunggu'.

Selesai semua urusan sebelum daftar, tibalah hari pendaftaran. Adik kena mendaftar di Melaka. Dia kena jalani kursus terlebih dahulu sebelum berkhidmat. Jadi, berjalanlah kami sekeluarga ke Melaka. Masa mula-mula sampai ke Melaka, apa yang boleh saya cakap, serius saya kagum dengan negeri bersejarah tu.

Bandarnya sangat tersusun dan bersih. Rasa macam selamat aje masa duduk kat sana. Orangnya jugak peramah. Memang tak rugilah singgah kat sana. Kalau tak silap, kami bermalam selama 3 hari 2 malam kat situ.

Selesai tinggalkan adik di sana, kami buat keputusan nak singgah ke KL kejap. Saja jalan-jalan. Kebetulan masa tu, emak tak sihat. Jadi, tergendala sikit rancangan. Mujurlah kat hotel yang kami tinggal tu, dekat dengan Rapid KL. Saya buat rancangan jalan-jalan dengan kakak aje. Sementara tu tinggalkan emak dengan abah kat hotel untuk mereka berehat.

Hajatnya nak gi pusat beli belah. Tapi lepas aje sampai KL sentral, terus batalkan niat. Mana taknya, KL sentral pun dah macam mall dah sekarang. Serius, terkejut gila masa sampai kat sana. Ada banyak kedai. Jauh beza dari dulu yang hanya ada komuter aje. Huhuhu.

Keesokan hari sebelum balik ke kampung halaman, kami singgah kejap kat Ikea. Adalah beli barang sikit-sikit. Lepas tu, terus balik Kelantan. 

Hari ni, barulah ada kesempatan buka blog. Itulah kisahnya. Adeh.


2 ulasan: