Projek Masa Lapang

Teks: Siti Khatijah Diana
Foto: Google


Sejak sebulan lepas, saya mula berjinak-jinak dengan permainan yang agak hot sekarang iaitu loom band.  Tak silap saya, saya tahu tentang permainan ini melalui berita tv3. Lepas tu, terus teruja nak beli. Adalah ushar-ushar kat web nak beli tapi susah nak jumpa yang murah. 

Pada satu hari, saya bersama kakak dan dua adik saya singgah kat Pustaka Seri Intan. Cari-cari buku dan alat tulis. Kat situ saya ternampak loom band ni. Tak fikir panjang, saya capai satu kit kecil berharga RM2.50. Saja nak try. Kalau beli yang mahal, tapi tak pandai buat takut membazir pulak.

Maka, mengaitlah saya getah warna-warni tu pada malam hari. Apa yang boleh katakan, mengait getah ni sangat menyeronokkan. Tambahan lepas dapat hasilnya. Memang puas hati. Seminggu selepas itu, saya buat keputusan untuk beli kit yang besar terus. Lagi banyak pilihan warna getahnya. Siap ada papan mengait lagi.

Nanti saya akan muat naik hasil yang saya dah buat. Huhuhu

nota: Hari ni berjaya kait cicak. Dapat jugak usik kanak-kanak ribena. Hahaha.

Ulasan

  1. Balasan
    1. Hahaha. Baru perasan ayat ni pelik. Keh keh keh

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aiyak! As, sorry. Terpadam mesej. Tak tahu macam mana boleh terpadam. Buta it betul saya ni. Adeh. T_T

      Padam

Catat Ulasan