29/09/14

Puisi Si Penduka



Telah habis kata diminta
Tamat sudah jawapan dicita
Namun apa yang kita dapat?
Hasilnya tetap sama
Kita tak dapat apa-apa.

Bersusun alasan yang diberi
Bertingkat penafian itu ini
Kesudahannya,
kita jugalah menanggung perit sendiri.

Cukuplah kata-kata yang berdegar-degar
Hentikanlah pertahankan manusia luar yang tertindas
Seandainya,
manusia disekelilingmu masih lagi tewas
Di manakah keadilan?

Buat teman yang turut berduka
Teruskan perjuangan yang benar
Sekiranya mula terasa lemah
Ingatlah Yang Maha Esa
Kerana kita dan dia
Beriman Tuhan yang sama
Moga kebenaran akan terbukti akhirnya.

p/s : Elakkan mengamalkan sikap meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Allah itu Maha Mengetahui.

4 ulasan: