Tips Main Candy Crush Sampai Lebam

Teks: Siti Khatijah Diana.
Foto: Google



Assalammualaikum untuk semua. Hari ni agak kebosanan. Jadi saya nak kongsi satu tips untuk peminat tegar game candy crush macam saya.

Rasanya bagi kaki game yang kaki cheat, mungkin anda dah tahu trick nak life bila-bila masa. Jadi, tak perlu setiap kali 25 minit untuk dapat satu life. Dan kita tak perlulah lagi tebal muka kat FB nak minta nyawa dari kawan-kawan. Asyik kena perli aje kan, bosan jugak. Hehehe.

Game candy crush ni konsep dia strategi dan pengurusan masa. Apabila melibat pengurusan masa, maka kita kena fokus pada masanya. Apa yang saya merepek ni? Adeh. Trick ni sesuai untuk semua game jenis time management. Kat pc komputer pun sama juga.

Caranya, anda hanya perlu ubah masa pada setting telefon atau pc anda. Misalnya. Sekarang pukul 10 pagi. Jadi, anda kena ubah dengan naikkan sejam atau dua. Lepas tu, cek semula nyawa anda kat game tu, Jadi tak? Mestilah jadi. 

Tapi awas. Ada awasnya. Bukan awas meggi. (Loghat kelantan). Bagi pengguna smartphone, kalau anda cepatkan masa, ada kemungkinan beberapa software anda tak akan berfungsi. Misalnya, telefon yang saya guna (telefon kakak saya), wassapnya tak menjadi sebab saya dah ubah tarikhnya hingga ke 2015 dah. Gara-gara main candy crush ni.

Ada lagi. Gambar dan file pun akan jadi tak tersusun jikalau anda mengubah tarikh. Tapi sekiranya anda tak kisah, bolehlah ubah dan main candy crush sampai lebam. Cara nak ubati jika wassap tak berfungsi ; lepas ubah jam dan tarikh, anda kena ubah semula ke tarikh asal. Kemudian, off henfon dan on semula. Barulah software akan pulih seperti sediakala.

Kesan lain, saya tak pasti lagi sebab sekarang ni, hanya semua tu aje yang berlaku. Sekian.

nota: waalaikumussalam kak Mona. ;p :)





Ulasan

  1. kikiki....nasib baik kita bukan penggila Kendi Keras. lantak p la sampai lebam pun...

    BalasPadam
  2. Kekeke. Bermakna k. Mona lebih bernasib baik dari saya. T_T

    BalasPadam

Catat Ulasan