21/12/14

Isha Beli Manis-Manis

Teks: Siti Khatijah Diana
Foto: Google



Di suatu petang yang sunyi. Ketika sedang leka menonton filem, tiba-tiba si Isha yang baru lepas ke kedai datang menegur.

Isha : Kak Nana, Isha beli manis-manis.
Saya : Hah?!
Isha : Isha beli manis-manis.

Kebetulan adik yang menemaninya ke kedai pun masuk ke dalam rumah.

Adik : Asam masinlah Isha. Bukan manis-manis.
Isha : Ha. Asam masin. (katanya dengan selamba bercampur pelatnya)

Masa tu, saya dah keras perut sebab gelakkan dia. Kelakar betul budak kecik ni.

Nota : Asam masin boleh dikenali juga sebagai jeruk atau asam boi. Bukan manis-manis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan