6/12/14

Best Juga Baca Buku Indie

Teks: Siti Khatijah Diana
Foto: Google

Assalammualaikum.

Minta maaf sebab lama tak kemaskini blog. Banyak urusan berlaku secara mengejut. Sampai nak terkejut pun tak sempat. Insyaallah saya akan update jika ada kesempatan.

Sekarang ini, saya cuma nak bagi bintang untuk buku-buku yang saya baca selama saya 'berkurung'. Terus terang, semua buku ni tak dibeli oleh saya sendiri. Ada adik kepada emak kepada anak asuhan saya yang bagi pinjam. Hah, faham tak? Insyallah faham kalau bersabar. Hehehe.

Saya tak nak buat ulasan penuh. Sebab saya tak reti sangat-sangat bab mengulas ni.



TAJUK : AKU RINDU 90'S
PENULIS : WAN SYAFIQ
TERBITAN : LEJEN PRESS
BINTANG 3.5*
NOTA : Tulisan yang sangat comel. Penulisan mengimbas kenangan sewaktu dia kecil. Kagum sebab dia boleh ingat kisah dulu dengan baik. 


TAJUK : AWEK CHUCK TAYLOR
PENULIS : NAMI COB NOBBLER
TERBITAN : LEJEN PRESS
BINTANG : 3.0*
NOTA : Penulisan lain dari yang lain. Namun berjaya menjelmakan imej hero yang sangat cool dan gentlemen. Tapi... tak bagus untuk ikutan. 


TAJUK : HIMPUNAN PUISI SOFA BIRU
PENULIS : NADHIRA BRUNDAGE
TERBITAN : SELUT PRESS
BINTANG : 4.5*
NOTA : Puisi yang sangat ikhlas dan jujur. Dapat rasa apa yang penulis cuba sampaikan.


TAJUK : DABEL DATE
PENULIS : AMAL, NASYRUN, PAK LANG, RUDEEN
TERBITAN : LEJEN PRESS
BINTANG : 3.0*
NOTA : Bacaan yang santai



TAJUK : KASARNOVA
PENULIS : IZWAN HAFIFI
TERBITAN : LEJEN PRESS
BINTANG : 5.0*
NOTA : Buku yang sangat disyorkan untuk membaca. Penulis bijak memasukkan ilmu dengan cara santai dan bernas. 



TAJUK : LANGIT NAN GELAP
PENULIS : RESMANSHAH
TERBITAN : LEJEN PRESS
BINTANG : 3.5*
NOTA : Cerita hantu komedi. Bagi saya, cerita last yang paling best sebab macam real dan serius.



TAJUK : LELAKI EKSISTENSIAL
PENULIS : NAMI COB NOBBLER
TERBITAN : LEJEN PRESS
BINTANG : 2.5*
NOTA : Walaupun cara penulisannya boleh dikatakan hebat, tapi ia sangat tak sesuai untuk dibaca terutama bagi budak-budak sekolah. 



TAJUK : MAIN GILA
PENULIS : GABUNGAN BEBERAPA PENULIS LEJEN PRESS
TERBITAN : LEJEN PRESS
BINTANG : 4.5* 
NOTA : Macam tengok movie orang putih. Semua ceritanya best. Tapi ada satu yang terlalu 'daring'. Hmmm...



TAJUK : SEKS OVARI (PUISI)
PENULIS : FAZLEENA HISHAMUDDIN
TERBITAN : SANG FREUD PRESS
BINTANG : 3.0*
NOTA : Bacaan santai.




TAJUK : SPERMA CINTA 2.0 SENGIH KERANG
PENULIS : AISA LINGLUNG
TERBITAN : LEJEN PRESS 
BINTANG : 3.5*
NOTA : Bacaan santai tapi menarik.


TAJUK : SPERMA CINTA
PENULIS : AISA LINGLUNG
TERBITAN : LEJEN PRESS
BINTANG : 3.5*
NOTA : Kisah yang comel dan manis.



TAJUK : ILUSANITI
PENULIS : ADIB ZAINI
TERBITAN :FIXI
BINTANG : 4.5*
NOTA : Cerita yang sangat best. Mampu habiskan dalam satu hari. Tahniah penulis.



4 ulasan:

  1. wow banyoknyo lejen press! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hebat tak?! :P
      Cuma tak faham kenapa ada sesetengah buku masih tak dapat dihabiskan. T_T

      Padam
  2. Amboi...sempat lagi habiskan beberapa buah novel. As satu pun tak baca lagi...ada banyak novel yang masih berbalut rapi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe. Masih ada buku yang tak baca dan berbalut. Tapi lepas terbaca satu buku penerbit indie, rasa macam boleh teruskan. Mungkin cara penulisannya kena dengan jiwa. Serius best. Bacalah As. Hehehe

      Padam