Kisah Abang Dan Adik

Teks : Siti Khatijah Diana
Foto : Google



Tengah hari tadi, saya, adik dan dua orang anak asuhan pergi ke pekan Bachok sebab nak masukkan duit di bank. Sebelum bertolak, awal-awal mak dah pesan beli goreng pisang 2 ringgit. Selesai masukkan duit, maka kami pun singgahlah di kedai yang jual goreng pisang tu.

Sebelum turun kereta, saya minta list dari adik dan anak-anak asuhan tu nak makan apa. Air kelapa 3, goreng pisang 2 ringgit, keropok goreng 2 ringgit. Tiba-tiba, si adik (anak asuhan) pun mencelah,

"Isha nak makan sepanbob."

"Hah?!"

"Sepanbob."

Akal pantas berfikir. Mencari imej sebenar yang cuba dimaksudkan oleh si budak kecik tu.

"Fishball ke?"

"Haa... fishballlah."

Satu kereta dah ketawa. Ada ke patut. Dalam banyak perkataan yang ada, sepanbob jugak yang dipilih. Hairan sungguh. Kalau kata fishcake tak apa lagi. Fisherman ke. Paling cikai pun, ball. Ini tak ada bunyi langsung fishball dengan sepanbob tu. Isha... isha...

Setelah memesan dan membayar harga makanan, kami pun berangkat pulang ke rumah. Semasa dalam perjalanan, saya minta nak makan keropok. Terus adik bagi. Apalagi, yang lain pun tumpang sekaki. Sedang enak mengunyah tu, tiba-tiba si abang kepada Isha tadi pun mencelah.




"Oo... keropok ni dia letak rambutlah." Rizalman menyambung lagi, "Uban pun ada."

Sekali lagi kami ternganga. Setelah dia tunjukkan apa yang dimaksudkan kepada adik saya, terus adik ketawa. Rupa-rupanya, rambut yang dimaksudkan ialah isi ikan yang nampak hitam kat celah-celah keropok tu. Uban tu nak tahu apa? Tulang ikan.

Maka, sampai ke rumahlah kami ketawa. Hish budak-budak ni. Selamba badak punchline korang hari ni. Jangan aku yang memandu ni terbabas sudah. Hahaha.

Ulasan