Halal ke tidak sebenarnya ni?

Teks : Siti Khatijah Diana
Foto : Koleksi Peribadi



Assalammualaikum guys. Okey. Ini percubaan pertama saya berblog dari telefon. Guna laptop malas. Jadi mungkin ini jalan penyelesaian terbaik nak elakkan blog bersawang. Kalau lagi teruk, memang sahlah hang yang pemalas. (Penulis)

Okey nak cerita ni. Minggu lepas saya dan family pergilah tesco. Saja nak lepas angin makan kat luar. (Betul ke ayat lepas angin tuh). Serius, makanan kat foodcourt tesco memang sedap2 belaka.

So lepas makan, masing-masing sendawa. Itu normal. Lepas tu, kami pun buat keputusan naik pasaraya tesco. Nak beli barang2 sikit. Sikit sangat je beli, tapi bawak troli. Ceh...

Masa tengah jalan2 tu, entah macam mana mata boleh terpandang kat bahagian tak halal. Masa itulah terfokus kat megi yang ada dalam gambar ni.

Haih. Meremang bulu roma den. Mana tidaknya, masa pembukaan aeon kat kota bharu hari tu, saya tengok elok aje megi ni terletak atas rak. Maksud saya, kat ruangan megi2 biasa yg ada cop halal.

Bukan setakat tu, den siap pegang lagi. Berkira2 nak beli ke taknak. Hampir 3 x kali jugak duk fikir. Last2 tak jadi beli sebabnya harga mahal gila mak eloi2 oii.

Alih2, dekat tesco, boleh pulak megi ni terletak kat ruangan tak halal. Yang herannya, siap ada tanda halal lagi. Tak silap, tanda nilah yang digunakan untuk megi pedas viral kebabom yang dari korea tu kan.

Persoalannya kat sini, kenapa benda sensitif macam ni pihak terlibat boleh ambil mudah aje? Salah siapa?

Hmmm.... tepuk dada, tanya selera. Ingat, megi memang tak baik untuk kesihatan. Uhuk2.


Ulasan

Catat Ulasan