Ikea Nak Buka di Kelantan? Biar betul!

Salam. Hari ceq tewas sejak dari semalam penangan sakit kepala. Nak bangun pun tak larat. Semua orang dalam rumah risau kecuali ceq. Sebab ceq tidur je memanjang.

Masa tengah syok tidur tu, tiba2 dengar kakak sulung cakap kat adik yang lain. Katanya dia ada baca kat fb maafsebut yang ikea akan dibuka kat kelantan. Apalagi, terus terbeliak mata. Ikea nak buka kat kelantan? Yehaaa. Best gila kot.

Mana taknya, antara tujuan utama setiap kali pegi kolumpo, mesti singgah ikea. Sebab barang kat sana sangat murah dan berpatutan. Kualiti tak yah cakap. Terbaik. Tapi kami x pernah lagi makan meatball dorang yang famous tuh. Kan ada isu baru ni. Huhu.

So lepas ni, kalaulah betul ikea jadi bukak kat kelantan, mungkin kami dah tak pergi sana kot. Kecuali kalau ada hal yg tak dapat dielakkan. Interview ke apa.

So mak cik2, pak cik2, nanti pakat2la serbu kat ikea yo. Tak kisahlah pakai kain pelikat ke baju kelawar ko. Janji beg duitnya jangan lupo bawak.


Ulasan