Ulasan Buku Mendung Tidak Bererti Hujan

Salam. Bila mood membaca dah datang balik, berjayalah jugak habiskan sebiji buku. Okeylah kan. Walaupun buku kanak-kanak. Daripada tak ada langsung. Harap-harap dapatlah habis buku anak cikgu zin yang berjumlah 5 biji tuh. Adoiii... 

Buku kali ni bertajuk Mendung Tidak Bereti Hujan. Hasil tulisan Rejab F.I terbitan PTS. Buku ini mengisahkan tentang pelbagai kesukaran hidup Norsita bersama keluarganya. Sejak Pak Mahat jatuh sakit, tanggungjawab mula digalas oleh ibunya, Saudah. Selain Norsita, dia turut memiliki dua adik  lain iaitu Norseha dan Rusman. 

Demi menyara keluarga, Saudah mengerjakan tanah sawah. Dugaan berlaku apabila pokok padinya diserang penyakit merah. Saudah bagaikan hilang punca. Namun dia tak berputus asa. Dia mencari siput mentarang walaupun hasil tak seberapa.

Norsita yang kasihankan ibunya turut membantu mencari siput mentarang. Sekurang-kurangnya dapatlah juga dia menyimpan duit untuk kegunaan dia apabila masuk sekolah menengah nanti. Namun begitu, apabila keadaan semakin menghimpit, Saudah tak ada pilihan lain. Dia meminta Norsita berhenti sekolah kerana dah tak mampu menyara anaknya.

Norsita akur walaupun kecewa kerana dia sebenarnya telah menanam impian untuk belajar sehingga berjaya. Saat dia bertemu pengetua untuk memberitahu niat berhenti sekolah, Cikgu Shamsuddin terbuka hati untuk membantunya. Akhirnya, Norsita berjaya juga meneruskan pengajiannya dengan bantuan pihak sekolah.

Kesimpulannya, buku ni penuh dengan pengajaran yang berguna. Sesuai untuk bacaan kanak-kanak dan remaja serta golongan berumur seperti aku. Hikhikhik.




p/s : terdetect someone yang selenggara buku ni. U know who u are. :p

Ulasan