28/08/16

Parah dah orang kita sekarang

Hari ini entah kenapa rasa nak meluahkan sesuatu. Dah lama sangat pendam ni. Bukan pasal aku pun cuma pasal masyarakat kita yang makin lama seolah-olah makin tak ada perasaan. Orang kita memang terkenal dengan bab-bab menyindir. Siap ada pepatah lagi, kalau makan cili dia rasa pedas. Tapi sedar tak bahana apa daripada sikap menyindir tu?

Hari ini tetiba baca pasal seorang artis yang dulunya berhijab tapi kembali tak menutup aurat. Allahuakhbar. Nak salahkan siapa? Dulu masa ada kontroversi, macam-macam dihina pasal dia. Bukan kata nak bagi kata-kata baik, tapi dicemuh, dihina. Paling kerap pengomen tulis, kalau macam ni baik tak payah tutup aurat. Nah sekarang, hang pa tanggunglah akibat. Sebab kata-kata macam tulah sedikit sebanyak membuat manusia kembali ke jalan yang salah.

Lepas tu kes terbaru viral pasal budak toreh muka. Asalnya ditoreh-toreh aje lengan dia. Dia stress dan ada masalah. Orang serabut dan bermasalah memang akan buat benda yang tak dapat dijangka akal fikiran. Tapi tiba-tiba ada manusia manalah yang pergi cabar dia suruh toreh muka bagai. Kesudahannya, dia pun buat. Lepas tu adalah pulak yang kecam tanpa usul periksa.

Korang nak apa sebenarnya? Kalau tak boleh membantu, tolonglah diam. Jangan ditambah masalah yang sedia ada. Itu belum termasuk kes yang bipolar disorder tu. Korang fikir sendirilah orang kita suruh mangsa buat apa. Kecewa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan