30/08/16

Siapa pernah kena Buli? Part 2

Rasanya baru aje up kisah buli. 2 3 hari lepas tu, keluar berita ada budak meninggal pasal kes buli ni. Kesian kat budak tak berdosa tu. Salam takziah kat keluarga arwah. Dah tiba masanya pihak berwajib ambil tindakan. Tak habis banyak pun kalau letak cctv kat sebuah sekolah tu. Biar pak Guard yang pantau. 

Okey. Nak sambung kisah buli yang pernah terjadi kat aku dulu. Dalam hujung tahun darjah 3, keluarga aku pun pindahlah ke Kelantan. Maklumlah, anak askar. Acara pindah-pindah ni memang dah macam rutin kami.

Awal-awal masuk dulu, terus terang tak ada seorang pun nak kawan dengan aku. Agaknya dia takut aku cakap KL kot dengan depa. Sedangkan dorang tak tahu, aku kat KL pun aku bantai dialek Kelantan aje. Tapi ada seorang pelajar ni yang baik dengan aku. Aku ingat lagi nama dia. Aku panggil dengan nama R jelah. Pelajar perempuan. 

Lepas sebulan 2, mulalah mereka tunjuk belang. Ejek dan kutuk aku. Aku pun tak tahu apa masalah mereka sebenarnya. Aku nak repot kat cikgu, tapi tak berani. Sebab aku baru aje datang kat sini. Nanti apa pulak mereka cakap. Itu baru pelajar lelaki.

Pelajar perempuan pun sama. Mereka pandang kerek aje kat aku. Aku cuba nak kawan, tapi mereka tak layan. Masa tu sedih gila. Aku rasa mungkin sebab aku ni tak memenuhi kriteria mereka. Pernah ada seorang budak ni baru pindah masuk. Kebetulan budak tu cikgu suruh duduk kat sebelah aku memandangkan ada tempat kosong. Lawa gila budaknya. Paling penting, tak sombong dan tegur aku. 

Keesokan hari, tup-tup budak tu dah alih tempat duduk. Duduk sekali dengan geng-geng yang tak sukakan aku. Masa tu, aku tak tahu nak cakap apa. Last-last aku bawak jalan hidup sendiri. Kawan je dengan mana yang nak kawan. 

Sehinggalah masuk ke darjah 4, 5, 6. Darjah 6 lah paling teruk sekali aku kena. Tapi masa tu aku dah ramai kawan. Mungkin sebab personaliti aku mula terserlah. Ramai murid suka kawan dengan aku sebab aku ni jenis happy go lucky draw gitu. 

Tapi ada seorang dua pelajar laki ni memang tak puas hati dengan aku. Selain ejek, dorang suka tarik tudung aku. Baling barang kat aku. Aku pernah laporkan kat cikgu, tapi mereka cuma bagi nasihat aje. Bersabarlah. Ingatkan nak ambik tindakan ke apa. Kalau korang nak tahu, masa tu pun cikgu pun macam tak sukakan aku. Aku tak tahulah sama ada ini perasaan aku ke apa. 

Aku pernah bagitahu abang aku pasal benda ni. Ya dia datang. Marah tapi tak boleh buat apa. Sebab dua tiga hari tu aku akan kena lebih teruk pula. Kesudahannya, aku bagitahu mak aku. Sebagai seorang emak, mestilah dia sayangkan anak dia kan. Mak aku bagi macam-macam cadangan. Dia yang sakit hati, suruh aku buat macam ni.

"Nanti kalau ada buli, mu ambil batang nyapu mu kejar budak tu. Mu katok sampai lembik. Esok lusa dia tak beranilah kacau mu lagi. Dah bagitahu cikgu pun cikgu wak tak tahu jah."

Aku tak tahulah nak bagi reaksi apa masa tu. Betul ke mak aku ni? Masa tu hati aku dah berbelah bagi. Terfikir bilalah masalah ni nak berakhir. Sehinggalah dua hingga ke tiga hari selepas nasihat mak aku tu. Aku yang dah tak tahan dibuli, terus tak fikir panjang. Aku ikut apa yang mak aku suruh. Apa nak jadi, jadilah. Aku capai batang penyapu, buat ala-ala orang hilang akal gitu, aku pun kejar budak lelaki tu.

Terkejut satu kelas. Sampai tak masuk kelas budak tu lari. Hah! Tahu takut. Mentang aku tak lawan, berani dia pijak kepala. Aku tak pasti dia datang ke tak sekolah keesokan hari. Tapi lepas kejadian 'amuk' yang aku buat tu, memang langsung dah tak ada kejadian buli ke atas aku. Kalaulah aku tahu dari awal-awal lagi macam ni, masa mula pindah lagi aku ambil batang penyapu dan kejar semua orang. Hahaha. Tak pasal-pasal kena tuduh gila kat orang. Kah kah kah.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan