1/09/16

Day 1 Road To Selamatkan Duit Aku

Salam. Wah tak menahan tajuk kau kali ni. Keh keh keh. Yelah. Tak tahu nak letak apa. Okey. Alkisahnya begini. Di dalam sebuah kampung. Oh stop. Jangan nak merepek boleh tak? Okey okey. Kali ni serius. 

Begini kisahnya. Awal tahun ni, saya dan kakak membuat taruhan spontan. Aku tak ingat macam mana boleh terkeluar pasal taruhan ni. Kami bertaruh, hujung bulan 12 ni, kena turun 20 kilo. Siapa kalah, kena bayar. 

Aku masa tu tercabarlah. Aku siap cakap, kalau aku menang, setiap satu kilo dia kena bayar Rm 100. Fuh, dia pun naik angin jugak. Baru aje dia nak cakap dia nak habuan yang sama, aku terus pintas.

"Dan kalau mu menang, nab, mu ambik semua duit tabungan aku." Penuh eksyen lagi berlagak aku cakap. 

Masa tu, aku tengok dia terkebil-kebil. Yalah. Macam tak aci aje. Kira okeylah tu. Aku ni tak bekerja. Jadi celah mana nak dapat duitnya? Tabung tu jelah yang ada. Tak gitu? Nak tak nak, terpaksalah dia setuju. Mungkin dia sakit hati, malam tu jugak dia kira. Hahaha. Adalah dalam Rm300 lebih. Okey apa. Hahaha.

So nak cerita, mulai 1 september 2016, aku dah mula start dietlah. Sebelum ni dah banyak posting aku baca kat FB macam mana nak turunkan berat badan. Ada yang kata tak perlu berlapar, cuma kurangkan kuantiti nasi, tak boleh makan manis, diet atkins dan macam-macam lagi. Paling aku senang ingat, diet 3 T oleh seorang cikgu laki ni. Tidak karbo, tidak sos, dan tidak buah. Rasanyalah. Ke tidak gula? Eh lupa pulak.

Terus terang, mulakan diet ni sangatlah susah. Sebab ada orang kalau tak makan pun, badan naik aje. Contohnya aku. Aku rasa aku sedut udara pun boleh gemuk kot. Eh? Jadi jalan penyelesaiannya, demi menyelamatkan duit aku daripada terlepas ke tangan orang tu waima kakak kandung sendiri, aku kena cuba buat jugak.

Hari ni aku dah berhenti menyentuh nasi. Tak tahulah boleh bertahan ke tak esok ni. Ni pun tengah menggeletar. Sakit kepala sikit2. Hmm... jadi, apa yang aku makan? Hari ni aku cuma sentuh 2 biji telur rebus tambah kicap kipas udang. 1 Tengah hari dan 1 petang. Epal hijau sebiji setengah. Dan air masak only. (Okey tambah satu sudu sayur lemak. Tak boleh tahan sebab mak masak sedap tadi)

Tapi sebenarnya air masak ni lah yang paling mencabar. Nak termuntah minum banyak-banyak. Selalunya segelas aje sehari. Ini pun baru 1.5 liter habis. Targetnya 3 liter. Tak apalah. Slow-slow. Excercise pun buat 15 minit. Okeylah kan dari tak buat. Cuma sekarang ni tak pasti. Ada effect tak kalau diet ekstrem macam ni? Hmm... 

p/s : aku akan cuba update setiap malam perkembangan diet aku ni. Berjaya ke tidak. Korang rasa?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan