Day 2 Road To Selamatkan Duit Aku

Kalau macam ni, hari-harilah aku update blog. Kekeke. Okey jugaklah. Sambil menyelam minum air. Sekurang-kurangnya tak berlumut blog ni. 

Cuma nak kongsi perkembangan. Hari ni still tak jamah karbohidrat. Epal bedal 2 biji. Telur sebiji. Rasa hari ni okey sikit dari semalam. Cuma aneh sebab kedua-dua belah pinggang macam sakit. Tak tahu kenapa. Siku pun macam melecet gara-gara excersice atas karpet. Adoi. 

Jadi hasilnya, turun 1200 gram. Bersamaan dengan 1.2 kilo. Aku tak pasti sebab diet atau kebetulan. Sebab masa 31 ogos tu aku mentekedarah sikit. Yelah. Esoknya nak start kan. Sekali lagi aku ulang, aku start tak makan nasi 1/9/2016 Mungkin sebab tu turun lebih sikit. 

Kalau semalam, berdepan dengan dugaan air Cofee Man yang sedap tahap langit ke 7 tu. Ada lagi, ayam gunting sebab abang nak makan. Goreng pisang dan keropok lekor mak cik nah yang mak aku suruh beli. Tertelan-telan jugak air liur. Tapi nasib baik tak cheat. 

Malam ini, sekali lagi depa menduga aku. Nasi kerabu mak cik romoh ni buat aku nak menangis. Sedap gila wei baunya. Arghhhh... Bertabahlah. 

Kita tengoklah esoknya macam mana pulak. T_T

Ulasan