Day 4 Road To Selamatkan Duit Aku

Ternyata hari aku tewas juga. Hahaha. Banyak benda yang aku bedal hari ni. Dan banyak rutin yang tak sempat nak dibuat. Semuanya kerana mak tak sihat. Pening dan muntah-muntah. Semalam mak masuk kecemasan dan kena cucuk. Hari ni pun mak kena masuk bilik kecemasan dan masuk air. Katanya, gastrik. Tapi tak tahulah. Tengok hari ni dan esok macam.

Apa yang aku makan? Okey jambu batu yang ala-ala asam keping tu. Kat supermarket ada jual. Aku tak ingat dah nama apa. Nak snap gambar pun tak sempat. Yelah duk kalut pasal mak ni. Tapi bukan semua. Dalam 3 4 ulas gitu. Balik rumah, koyakkan mak mangga, ambil 2 hirisan kecil. Saja nak hilangkan rasa terliur.

Pastu teringin pulak bubur nasi ayam kfc mak punya. Kebetulan mak pun tak ada selera nak makan banyak. Ikutkan hati, nak aje habiskan. TAPI NASI TU... Last-last aku buat keputusan nak rasa kat hujung sudu aje. Lepas itu terus minum air banyak-banyak. Hah. Kenyang kau. Sekali fikir, menjadi juga taktik ni kan. Selama ini, kita makan sedap-sedap ni pun sebab nak rasa dia aje kan. Lepas aje kerongkong, terus tak rasa apa kan?

Tak habis lagi. Masa nak balik rumah, sempat singgah gerai member yang jual nasi kukus. Okey. Terus terang aku memang dah minat nasi kukus dia. Memang sedap dari nasi kukus femes yang sedia ada kat kelantan ni. Ayam dia, fuh. Memang tak boleh lawan. Sedap gila. So, petang tadi, sempatlah aku rasa secubit isi ayam tu. Rasa nak menangis aje. Tapi aku kunyah lamalah. Buat macam chewing gum gitu. Dan kalau nak tahu, sebelum taip cerita ni pun aku sempat rasa secubit lagi. Wah, gila ah. Langgar terus pantang larang tak boleh makan malam. 

So basic yang hanya aku mampu buat hari ni, air satu liter lebih. Air teh hijau tak sempat minum. Epal sebiji, telur sebiji. Excersise alhamdulillah buat. Jadi total turun hari ni, jeng jeng jeng. 1.2 kilo. Wow. Ingatkan naik. Tapi lepas difikirkan balik, mungkin sebab aku ulang alik uruskan mak, tu yang jadi turun tu. Yelah kan. 

Oh terlupa pula. Selama ni aku ingat aku dah tak sentuh karbohidrat. Rupa-rupanya dalam epal tu ada je karbohidrat. Mungkin lepas aku mention tak sentuh nasi, roti, mee, biskut dan seangkatannya. 

Ulasan