5/09/16

Day 5 Road To Selamatkan Duit Aku

Hari ni kakak aku balik. Nak tengok mak sambil ambil barang.

Tapi faham-fahamlah kalau dia balik. Beli itu ini. 

Ayam gunting, nasi kukus, air cofee man.

Terliur punya pasal, aku pun makan sikit. Ok tipu. Ayam gunting aku makan lebih sikit. Dalam 7 hirisan. Air cofee man sedut sikit. Abang punya sikit. Nasi kukus ayam aje. Nasi dalam 15 biji.

Yang lain macam biasa. Cuma air tak sampai 1.5 liter. 

Malam pulak, aku hirup tom yam mak. Hirisan ayam 3 ketul dan hirisan sotong 3 ketul. Sedap giler baq hang. 

Lepas makan, terus timbang. Tak terkejut pun. Turun 200 gram aje. Tulah. Siapa suruh kau melantak hari ni? Hahaha. 

Tapi okeylah. Turun jugak. Jangan naik sudah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan