8/10/16

Okey, biskut ni sedap gila.

Sumber foto : peribadi

Baru-baru ini aku pergi pasaraya dengan kakak. Adalah beli barang-barang sikit. Tapi tak ingat barang apa. Barang dapur rasanya. Dekat 15 minit, kami pun selesai. Pergilah kaunter sebab nak bayar.

Masa tengah beratur tu, mata terpandang rak yang berdekatan. Terus aku bagi signal kat kakak. Wow, biskut barulah. Menariknya, jenama dari pesaing Milo. Ovaltine. Dulu kan oveltine ni kan femes juga.

Baik aku pun dia, kami punya satu habit yang lebih kurang sama. Suka try barang baru. Masa mp3 mula-mula keluar dulu pun, kamilah antara orang mula-mula guna. Harga masa tu, memang bapak gila mahal. Rm200 lebih. Dahlah 512 mb aje. Bateri pun pakai buang bukan rechargeable. Beza gila dengan harga sekarang rm30 lebih pun boleh dapat 1 gb.

So dipendekkan cerita, dia pun ambillah satu biskut jenama ovaltine ni. Balik aje rumah, terus try. Mak aih. Sedap gila rupanya. Rasa macam ratah milo tapi versi biskut. Tapi seriuslah sedap. Kalau oreo tu, aku mungkin akan habiskan 3 keping aje sebab muak. Tapi biskut ni, satu plastik pun aku boleh bahan lagi. Sumpah, sedap.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan