16/08/15

Adik Dah Pergi Utara

Malam ini entah kenapa hati tiba-tiba sebak. Masa hantar tadi, tak rasa pun nak nangis. Entahlah. Mungkin tak biasa berpisah jauh dengan dia. Tapi hari ini detik itu berlaku jua. Adik terpaksa balik utara. Bukan sebab PLKN. Belajar pun tidak sebab dia tak minat. Tapi sebab dah bergelar isteri orang.

Serius, perasaan itu dah lain. Masa mula-mula kahwin pun dah nampak perubahan. Adik dah jarang ada dekat rumah walau rumah yang dia duduk dengan suami selang satu baris aje. Yalah. Agaknya dia pun faham saya kekok kalau ada orang lain. Tak biasa lagi. Lagipun tak suka terkejut kena kocoh-kocoh cari tudung, kain, jaket. Kalau dulu, main taram aje. T_T

Kepada adik, marah saya selama ni, bukan tanda benci tapi mahu yang terbaik untuk kamu. Kamulah racun, kamu juga penawar hidup kami sekeluarga. Apa pun yang berlaku, kami sekeluarga tetap menyokong kamu. Kamu tetap 'baby' kami walaupun takdir kamu jauh melangkaui kami semua.

Satu-satunya harapan saya, jadilah isteri yang baik kepada suamimu. Jaga tingkah laku. Jaga niat dan hatimu. Semoga Allah merahmati perjalanan hidupmu, dik. 


4/08/15

Puisi Akulah Pemain Catur Yang Hebat

Teks : Siti Khatijah Diana
Foto : Google


Akulah pemain catur yang hebat
tangan ini bijak mengatur muslihat
segala gerak langkahmu tetap akan tersekat
walau sepintar mana kau menyusun jerat
kerana apa?
Kerana akulah pemain catur yang hebat.

Segala bidak dan buah ada di genggamanku
pion, benteng, kuda,
semua menteri-menteri
kamu tetap akan kecundang
kerana bukan kamu yang terpilih.

Usahlah bertempik,
kerana aku tetap akan memekakkan telinga.
Usahlah menasihati,
kerna takkan terpujuk hati ini.
Mogokkah kamu?
Silakan!
Kalau mahu berjuadah di dalam gelapnya malam.

Takkan kugentar dengan semua ugutanmu
kukira dan maha yakin
Tuhan tetap bersamaku
takkan mati diri ini ; sampai kiamat sekalipun
bersama semua yang menyokong aku
kecuali kamu yang menentang aku.

30/07/15

Ulasan Buku Stanza Cinta

Teks : Siti Khatijah Diana
Foto : Google



Secara peribadi, saya sangat sukakan buku ini. Masa baca, pelbagai perasaan timbul. Ada beberapa bahagian berjaya menggentarkan jiwa. Pendek kata, buku yang penuh dengan isi. 

Lebih mengujakan, saya pernah bertemu dengan penulis ini secara peribadi. Orangnya lembut dan baik hati. Semoga terus menghasilkan karya bermutu seperti ini. 

TAJUK : STANZA CINTA
PENULIS : NURULL HALAWATI
TERBITAN : GALERI ILMU
BINTANG : 5 *

28/07/15

Ulasan Buku Terima Kasih Si Babi Hutan

Teks : Siti Khatijah Diana
Foto : Google


Mula-mula baca cerita ni memang susah nak faham. Yalah. Tetiba keluar pasal binatang bagai. Lama-kelamaan tu, baru boleh hadam. Rupa-rupanya penulis nak gambarkan penderitaan jiwa dia. Itu yang saya fahamlah. Orang lain tak tahu,

Saya rasa buku mengisahkan tentang kisah hidup Lepat. Masa kecik-kecik dulu, pernah dengar cerita pasal dia kalau tak silap. Tapi tak faham sangat. Tapi lepas baca buku ini, barulah dapat tangkap apa yang sebenarnya yang berlaku dalam hidup dia. Pendek kata, dia jadi mangsa penganiayaan.

Harap-harap makhluk yang perdajalkan dia tu, cepat-cepatlah minta maaf. Dosa dengan manusia takkan terpadam selagi tidak mintak maaf dengan manusia tu sendiri.

TAJUK : TERIMA KASIH SI BABI HUTAN
PENULIS : LEPAT
TERBITAN : DUBOOK PRESS
BINTANG : 4.5 *

Nota : Kesian Tan Sri Muhyidin kena turun hari ni. Orang besar macam tu pun kena, apatah lagi hang Lepat. T_T

27/07/15

Ulasan Buku Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Teks : Siti Khatijah Diana
Foto : Google



Akhirnya... Berjaya jugak habiskan buku ni. 2 tahun lepas dah baca, tapi sekerat jalan. So kena start balik. Lepas tu tergendala lagi. Mula semula. Sehinggalah ke hari ini. Fuh... Lega. Maklumlah, slow reader. 

Keseluruhannya, saya suka buku ni. Cerita yang lain dari yang lain. Ada sedikit twist yang membuatkan kita ingin terus baca. So, endingnya sangat puas hati. 

TAJUK : BUKAN KERANA AKU TAK CINTA
PENULIS : E-MAN SUFI 
TERBITAN : KARYASENI
BINTANG : 4 *



25/07/15

Ulasan Buku Amran Fans

Teks : Siti Khatijah Diana
Foto : Google



Okey. Saya tak jangkakan yang buku ini sangat menghiburkan. Unik dengan cara yang tersendiri. Ada isi yang mahu disampaikan. Lepas baca, saya rumuskan Amran ni memang seorang yang cool dan tahu isu semasa walaupun bekerja dalam bidang 'oil and gas'. Hahaha. Kipidap bro.


TAJUK : AMRAN FANS
PENULIS : AMRAN
TERBITAN : DUBOOK PRESS
BINTANG : 4.5 *

nota : rasanya semua dah boleh agak siapa meran kan? :p


26/04/15

Ulasan Buku Ada Hantu?

Teks : Siti Khatijah Diana
Foto : Google

Secara peribadi, genre seram adalah genre paling jimat untuk saya. Sebab saya tak pernah keluarkan duit pun untuk dapatkan genre ni. Kakak saya yang akan beli sebab dia minat gila jenis buku macam ni. Sekali-sekali, seram sejuk jugak tengok hang nab oi!!!

TAJUK : ADA HANTU?
PENULIS : GABUNGAN BEBERAPA PENULIS (BAHRUDDIN BEKRI, IMANISA RIANA, MIA KIFF, DEMEE DANEE, FARISHA IMANI, MAYA ADIRA)
TERBITAN : GEDEBOOK 
BINTANG : 4 *
KOMEN : Cerita yang santai dan menghiburkan. Tapi paling suka cerita Jalan Keramat. Terkekek ketawa. Ada juga cerita meremangkan bulu roma. Tahniah buat para penulis. 


25/04/15

Hanya RM 16

Teks : Siti Khatijah Diana
Foto : Koleksi peribadi

Hari ini dapat juga jejak kaki ke pesta buku. Masa dulu memang tak suka langsung ke tempat macam ini. Tapi sekarang tidak lagi. Kah kah kah. Macam iklan syampulah pulak. 

Memandangkan tergolong dalam golongan kais pagi makan petang, (hah, lagi susah dari yang asal) jadi sasaran saya sudah tentulah ke arah buku-buku yang lebih murah. Lagipun saya memang akan cuba meminimakan untuk beli buku baru. Sebab saya seorang slow reader. Membazir aje beli buku tapi tak baca.

Dekat bawah ni adalah hasil tangkapan saya hari ni. 


Boleh tahan kan? Semua ini hanya RM 16. Fuh. Memang puas hati. Tak dapat bayangkan kalau pergi pesta yang lagi besar macam PBKL atau Big Bad Wolf Books tu. Boleh jadi mereng agaknya. Huhuhu.

23/04/15

Kisah Abang Dan Adik

Teks : Siti Khatijah Diana
Foto : Google



Tengah hari tadi, saya, adik dan dua orang anak asuhan pergi ke pekan Bachok sebab nak masukkan duit di bank. Sebelum bertolak, awal-awal mak dah pesan beli goreng pisang 2 ringgit. Selesai masukkan duit, maka kami pun singgahlah di kedai yang jual goreng pisang tu.

Sebelum turun kereta, saya minta list dari adik dan anak-anak asuhan tu nak makan apa. Air kelapa 3, goreng pisang 2 ringgit, keropok goreng 2 ringgit. Tiba-tiba, si adik (anak asuhan) pun mencelah,

"Isha nak makan sepanbob."

"Hah?!"

"Sepanbob."

Akal pantas berfikir. Mencari imej sebenar yang cuba dimaksudkan oleh si budak kecik tu.

"Fishball ke?"

"Haa... fishballlah."

Satu kereta dah ketawa. Ada ke patut. Dalam banyak perkataan yang ada, sepanbob jugak yang dipilih. Hairan sungguh. Kalau kata fishcake tak apa lagi. Fisherman ke. Paling cikai pun, ball. Ini tak ada bunyi langsung fishball dengan sepanbob tu. Isha... isha...

Setelah memesan dan membayar harga makanan, kami pun berangkat pulang ke rumah. Semasa dalam perjalanan, saya minta nak makan keropok. Terus adik bagi. Apalagi, yang lain pun tumpang sekaki. Sedang enak mengunyah tu, tiba-tiba si abang kepada Isha tadi pun mencelah.




"Oo... keropok ni dia letak rambutlah." Rizalman menyambung lagi, "Uban pun ada."

Sekali lagi kami ternganga. Setelah dia tunjukkan apa yang dimaksudkan kepada adik saya, terus adik ketawa. Rupa-rupanya, rambut yang dimaksudkan ialah isi ikan yang nampak hitam kat celah-celah keropok tu. Uban tu nak tahu apa? Tulang ikan.

Maka, sampai ke rumahlah kami ketawa. Hish budak-budak ni. Selamba badak punchline korang hari ni. Jangan aku yang memandu ni terbabas sudah. Hahaha.

22/04/15

Ulasan Buku Penulisan Puisi : Kreativiti, Praktik & Diskusi (Siri 1)

Teks : Siti Khatijah Diana
Foto : Google

Okey. Kali ni giliran buku umum pula yang akan diulas. Buku ini hasil tulisan pensyarah saya. Siapa tak kena Dr. Lim Swee Tin. Orangnya baik dan kelakar. Haih. Lama tak jumpa. Teringat dialog yang sering beliau ucapkan. 

"Semester depan, saya dah tak ada. Kontrak saya tak disambung oleh UPM."

Ye ke Dr? Sebab saya tengok, sampai sekarang pun Dr. masih ada kat situ. Ya sangatlah tu, Dr. Hilang akal kalau UPM tak nak sambung kontrak Dr. nya. Hahaha.


TAJUK : PENULISAN PUISI : KREATIVITI, PRAKTIK & DISKUSI (SIRI 1)
PENULIS : LIM SWEE TIN
TERBITAN : UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD
BINTANG : 5 *
KOMEN : Buku ini sangat bagus bagi sesiapa yang nak belajar cara menulis puisi dengan baik. Penulis menyentuh aspek-aspek yang sangat penting dalam penciptaan puisi. Contoh yang diberikan turut membuatkan kita faham dengan isi yang mahu disampaikan. Selain itu, penulis turut berkongsi satu teknik bagus untuk mencipta puisi iaitu Teknik Permata. Jadi, bagi sesiapa yang mahu belajar mencipta puisi dengan bagus, bolehlah mendapat buku ini dengan segera.

NOTA : Buku ini ada 3 siri. Nanti kalau dah selesai, saya akan review siri yang kedua dan ketiga pula.

21/04/15

Ulasan Buku Valentina Datang Lagi Dan Pergi

Teks : Siti Khatijah Diana
Foto : Google

Setelah sekian lama tak baca buku, akhirnya dapat habiskan juga sebiji untuk tahun ni, Buku ini dibeli dengan harga RM 5 di kedai Popular. Fuh. Nasib baik tak beli dulu. Jimat duit aku.



TAJUK : VALENTINE DATANG LAGI DAN PERGI 
PENULIS : AHADIAT AKASHAH
TERBITAN : ROKET KERTAS PRODUKSI
BINTANG : 3 ***
KOMEN : Cerita ni diselamatkan pada twist pada akhir jalan cerita. Senang cerita, kalau tak ada twist, memang kuranglah bintangnya. Ada pro dan kontra yang terdapat dalam buku ni. Kebaikannya kita dapat banyak ilmu yang kita jarang tahu. Keburukannya, perlakuan kepada watak tak menggambarkan niatnya yang sudah bertaubat. Kalau baca, tahulah apa yang saya maksudkan. Itu saja.

nota : bilalah boleh habiskan 5 biji buku yang dipinjam dari jiran depan rumah, Nak masuk 2 tahun kot. Sabar ya ZN. :)

20/04/15

Entry Pertama 2015

Teks : Siti Khatijah Diana
Assalammualaikum...

Ya Allah. Malunya nak menaip. Lama gila tinggal blog ni. Bukan senang nak konsisten. Tabik spring blogger yang boleh jaga blog mereka. Cool blogger. Eh? Macam jenama air aje. :P

Kenapa lama menyepi? Entah. Saya pun tak tahu. Nak kata sibuk, mana ada. Mungkin sebab diri sendiri. Ya, salah sendiri. Okey. Mengaku. Sedangkan nak ikutkan, banyak benda aje yang boleh taip untuk entry tahun ni. 

Tapi tak apalah. Barang yang lepas, tak usah dikenang. Barang-barang yang naik tu namanya GST. Apa yang aku merepek ni? Aduh. 

Hmm... cukuplah untuk entry pertama ni dulu. Nanti saya akan kemaskini cerita seterusnya. InsyaAllah, mulai hari ni, saya berikrar untuk selalu jaga blog ni. Doa-doakanlah. T_T