30/08/16

Siapa pernah kena Buli? Part 2

Rasanya baru aje up kisah buli. 2 3 hari lepas tu, keluar berita ada budak meninggal pasal kes buli ni. Kesian kat budak tak berdosa tu. Salam takziah kat keluarga arwah. Dah tiba masanya pihak berwajib ambil tindakan. Tak habis banyak pun kalau letak cctv kat sebuah sekolah tu. Biar pak Guard yang pantau. 

Okey. Nak sambung kisah buli yang pernah terjadi kat aku dulu. Dalam hujung tahun darjah 3, keluarga aku pun pindahlah ke Kelantan. Maklumlah, anak askar. Acara pindah-pindah ni memang dah macam rutin kami.

Awal-awal masuk dulu, terus terang tak ada seorang pun nak kawan dengan aku. Agaknya dia takut aku cakap KL kot dengan depa. Sedangkan dorang tak tahu, aku kat KL pun aku bantai dialek Kelantan aje. Tapi ada seorang pelajar ni yang baik dengan aku. Aku ingat lagi nama dia. Aku panggil dengan nama R jelah. Pelajar perempuan. 

Lepas sebulan 2, mulalah mereka tunjuk belang. Ejek dan kutuk aku. Aku pun tak tahu apa masalah mereka sebenarnya. Aku nak repot kat cikgu, tapi tak berani. Sebab aku baru aje datang kat sini. Nanti apa pulak mereka cakap. Itu baru pelajar lelaki.

Pelajar perempuan pun sama. Mereka pandang kerek aje kat aku. Aku cuba nak kawan, tapi mereka tak layan. Masa tu sedih gila. Aku rasa mungkin sebab aku ni tak memenuhi kriteria mereka. Pernah ada seorang budak ni baru pindah masuk. Kebetulan budak tu cikgu suruh duduk kat sebelah aku memandangkan ada tempat kosong. Lawa gila budaknya. Paling penting, tak sombong dan tegur aku. 

Keesokan hari, tup-tup budak tu dah alih tempat duduk. Duduk sekali dengan geng-geng yang tak sukakan aku. Masa tu, aku tak tahu nak cakap apa. Last-last aku bawak jalan hidup sendiri. Kawan je dengan mana yang nak kawan. 

Sehinggalah masuk ke darjah 4, 5, 6. Darjah 6 lah paling teruk sekali aku kena. Tapi masa tu aku dah ramai kawan. Mungkin sebab personaliti aku mula terserlah. Ramai murid suka kawan dengan aku sebab aku ni jenis happy go lucky draw gitu. 

Tapi ada seorang dua pelajar laki ni memang tak puas hati dengan aku. Selain ejek, dorang suka tarik tudung aku. Baling barang kat aku. Aku pernah laporkan kat cikgu, tapi mereka cuma bagi nasihat aje. Bersabarlah. Ingatkan nak ambik tindakan ke apa. Kalau korang nak tahu, masa tu pun cikgu pun macam tak sukakan aku. Aku tak tahulah sama ada ini perasaan aku ke apa. 

Aku pernah bagitahu abang aku pasal benda ni. Ya dia datang. Marah tapi tak boleh buat apa. Sebab dua tiga hari tu aku akan kena lebih teruk pula. Kesudahannya, aku bagitahu mak aku. Sebagai seorang emak, mestilah dia sayangkan anak dia kan. Mak aku bagi macam-macam cadangan. Dia yang sakit hati, suruh aku buat macam ni.

"Nanti kalau ada buli, mu ambil batang nyapu mu kejar budak tu. Mu katok sampai lembik. Esok lusa dia tak beranilah kacau mu lagi. Dah bagitahu cikgu pun cikgu wak tak tahu jah."

Aku tak tahulah nak bagi reaksi apa masa tu. Betul ke mak aku ni? Masa tu hati aku dah berbelah bagi. Terfikir bilalah masalah ni nak berakhir. Sehinggalah dua hingga ke tiga hari selepas nasihat mak aku tu. Aku yang dah tak tahan dibuli, terus tak fikir panjang. Aku ikut apa yang mak aku suruh. Apa nak jadi, jadilah. Aku capai batang penyapu, buat ala-ala orang hilang akal gitu, aku pun kejar budak lelaki tu.

Terkejut satu kelas. Sampai tak masuk kelas budak tu lari. Hah! Tahu takut. Mentang aku tak lawan, berani dia pijak kepala. Aku tak pasti dia datang ke tak sekolah keesokan hari. Tapi lepas kejadian 'amuk' yang aku buat tu, memang langsung dah tak ada kejadian buli ke atas aku. Kalaulah aku tahu dari awal-awal lagi macam ni, masa mula pindah lagi aku ambil batang penyapu dan kejar semua orang. Hahaha. Tak pasal-pasal kena tuduh gila kat orang. Kah kah kah.





29/08/16

Selamat Hari Lahir, Big Boh.

Foto : Google

Okey. Nak citer kenangan semasa dekat UPM dulu. Masa mula jejakkan kaki kat sini, serius aku hanya seorang diri. Tak pandai bergaul. Segan, takut, malu semua ada. Ada sesetengah orang ingat aku sombong. Tapi tak sebenarnya. Aku ni cuma tak tahu nak tegur macam mana. 

Masa tu, minggu orientasi pelajar. Kat sinilah aku mula kenal seorang member ni. Orangnya kelakar tahap dewa. Asyik gelak aje kerjanya. Tambahan lepas tahu aku ni dari Kelantan, bertambah ramahlah dia. Di situ kami mula rapat. Lebih-lebih lagi satu kos. Dan memang kat Kolej pun, aku tahu dia ni  popular orangnya. Semua kenal, felo, ayahanda, bonda, tukang sapu, orang pejabat. Pendek kata semuanyalah. (Tapi i still menang sebab Lim Swee Tin kenal i. Kah3)

Hari ni 29 Ogos maka genaplah umur dia yang ke berapa ek? hahaha. Tak boleh sebut sebab umur ni kan pantang bagi orang perempuan. Oh terlupa. Nama member ni, Mahfuzah. Tapi aku lebih selesa panggil dia big boh. Adalah kisahnya tersendiri. Malas nak cerita.

Kepada Big Boh,

Selamat Hari Lahir. Semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Jangan lupa anak buahmu di sini. Peace. :)




28/08/16

Parah dah orang kita sekarang

Hari ini entah kenapa rasa nak meluahkan sesuatu. Dah lama sangat pendam ni. Bukan pasal aku pun cuma pasal masyarakat kita yang makin lama seolah-olah makin tak ada perasaan. Orang kita memang terkenal dengan bab-bab menyindir. Siap ada pepatah lagi, kalau makan cili dia rasa pedas. Tapi sedar tak bahana apa daripada sikap menyindir tu?

Hari ini tetiba baca pasal seorang artis yang dulunya berhijab tapi kembali tak menutup aurat. Allahuakhbar. Nak salahkan siapa? Dulu masa ada kontroversi, macam-macam dihina pasal dia. Bukan kata nak bagi kata-kata baik, tapi dicemuh, dihina. Paling kerap pengomen tulis, kalau macam ni baik tak payah tutup aurat. Nah sekarang, hang pa tanggunglah akibat. Sebab kata-kata macam tulah sedikit sebanyak membuat manusia kembali ke jalan yang salah.

Lepas tu kes terbaru viral pasal budak toreh muka. Asalnya ditoreh-toreh aje lengan dia. Dia stress dan ada masalah. Orang serabut dan bermasalah memang akan buat benda yang tak dapat dijangka akal fikiran. Tapi tiba-tiba ada manusia manalah yang pergi cabar dia suruh toreh muka bagai. Kesudahannya, dia pun buat. Lepas tu adalah pulak yang kecam tanpa usul periksa.

Korang nak apa sebenarnya? Kalau tak boleh membantu, tolonglah diam. Jangan ditambah masalah yang sedia ada. Itu belum termasuk kes yang bipolar disorder tu. Korang fikir sendirilah orang kita suruh mangsa buat apa. Kecewa...

27/08/16

Siapa Pernah Kena Buli? Part 1

Foto : Google

Siapa pernah kena buli masa sekolah dulu? Okey. Aku mengaku aku pernah kena. Masa tu, ada dua part. Part 1 masa aku sekolah kat Kuala Lumpur. Darjah 1 hingga 3. Apa dorang buat? Sebenarnya aku tak ingat sangat. Apa yang aku ingat, sebab tak tahan, aku repotlah kat cikgu. Masa tu cikgu tu panggil budak yang dajalkan aku. Depan murid lain, dia suruh aku pulas telinga budak tu kuat-kuat. Aku apalagi masa tu. Kuat gilalah aku tarik. Geram kot. Nasib baik tak putus. Aku tengok mata budak tu berair macam nak nangis. Sakit mungkin. Tapi lepas tu terus tak de kejadian buli lagi. 

Tak habis lagi. Lepas dah tak ada kejadian buli dari budak sekelas, timbul pulak kes lain. Abang kepada sorang budak sekelas aku, (budak lain) ni dia suka sangat peras ugut duit aku. Siot aje. Dahlah aku bawak sikit duit masa tu. Dengan abang aku sekali yang kena. Yelah. Dia darjah 5 or 6 gitu. Kami darjah 1 & 2. Mana berani nak lawan. Nak repot cikgu tak boleh sebab dia dah warning awal-awal. Bagitahu sesiapa nahas. Aku pun tak ingat macam mana kes tu habis. Mungkin dia dah masuk tingkatan kot. 





24/08/16

GIVEAWAY : 1st Anniversary Blog & My Birthday

Sumber : http://www.bondezaidalifah.com/

Assalammualaikum guys. 

Okay. Ini kali pertama join giveaway. Sebenarnya tak berapa faham lagi fungsinya. Tapi memandangkan rakan blogger, dah tagged, jadi saya cubalah buat ye. Entah jadi ke tak ni. Wah! Ada hadiah "AL-mathurat & DOA-DOA HARIAN"kepada yang bertuah. 














Klik banner untuk join. :)



P/S : Macam ni boleh ka, As?


18/08/16

Aiyak terdelete





Alahai. 
Punyalah berkobar-kobar update pasal buku Pak Hamka semalam. 
Hari ni, gara-gara internet slow, terdeletelah pulak. 
Sabo ajelah.

9/08/16

Sebenarnya saya ni... kaki Dota

Salam. Sebenarnya takut nak mengaku. Hahaha. Takut kena kecam. Yelah. Ada ke perempuan main dota. Mesti ada kan. Tapi tak ramailah. Salah satunya, akulah tu. Muahahaha.

Ingat lagi. Masa dulu-dulu, adik lelaki yang terlebih dulu layan Dota ni. Pelik jugak tengok. Main apalah budak ni sampai berjam-jam lamanya. Aku tengok macam biasa aje. Kadang-kadang sampai tak ingat makan minum budak tu sekoq. Banyak kali jugaklah kena bebel dengan aku nih hah.

Tup-tup satu hari tu, entah macam aku tertengoklah video pasal seorang perempuan ni. Tak silap dalam The Vocket rasa. Video ni cerita pasal macam dia boleh mula start main dota tu. Menariknya, dengan Dota tu jugaklah dia jumpa jodoh dia. Eh eh, dah boleh buat novel ni. Hehehe.

So start dari tengok video tu, aku mula terjebak. Serius, semua belajar sendiri. Takut cari coach, terkahwin nanti siapa nak jawab? Hahaha. Tak adalah. Saja nak belajar sendiri. Mula-mula main, fuh sakit mata wei. Pakej dengan sakit kepala. Dalam hati dah sumpah tak nak main.

Esok hari, entah macam mana terlayan sekali lagi. Apabila dah faham flow, mak aih. Best jugak layan Dota ni. Terus terang, boleh dikatakan addictlah jugak untuk tahun tu. Pukul 3 or 4 pagi tu biasalah kalau tak tidur ni. Itupun lawan bot sebab internet kat rumah aku lagi slow dari siput khinzir tuh. Cikedis betul.

Tapi start tahun ni, rasa dah makin kurang dah layan Dota. Dalam sehari, 2 x aje main bot. Tengok orang main aje banyak. Itupun ambil mood lepas menaip atau apa. Nasihat akulah, elakkan dari terjebak dengan Dota ni. Kalau nak berhenti, memang susahlah wei.