26/04/15

Ulasan Buku Ada Hantu?

Teks : Siti Khatijah Diana
Foto : Google

Secara peribadi, genre seram adalah genre paling jimat untuk saya. Sebab saya tak pernah keluarkan duit pun untuk dapatkan genre ni. Kakak saya yang akan beli sebab dia minat gila jenis buku macam ni. Sekali-sekali, seram sejuk jugak tengok hang nab oi!!!

TAJUK : ADA HANTU?
PENULIS : GABUNGAN BEBERAPA PENULIS (BAHRUDDIN BEKRI, IMANISA RIANA, MIA KIFF, DEMEE DANEE, FARISHA IMANI, MAYA ADIRA)
TERBITAN : GEDEBOOK 
BINTANG : 4 *
KOMEN : Cerita yang santai dan menghiburkan. Tapi paling suka cerita Jalan Keramat. Terkekek ketawa. Ada juga cerita meremangkan bulu roma. Tahniah buat para penulis. 


25/04/15

Hanya RM 16

Teks : Siti Khatijah Diana
Foto : Koleksi peribadi

Hari ini dapat juga jejak kaki ke pesta buku. Masa dulu memang tak suka langsung ke tempat macam ini. Tapi sekarang tidak lagi. Kah kah kah. Macam iklan syampulah pulak. 

Memandangkan tergolong dalam golongan kais pagi makan petang, (hah, lagi susah dari yang asal) jadi sasaran saya sudah tentulah ke arah buku-buku yang lebih murah. Lagipun saya memang akan cuba meminimakan untuk beli buku baru. Sebab saya seorang slow reader. Membazir aje beli buku tapi tak baca.

Dekat bawah ni adalah hasil tangkapan saya hari ni. 


Boleh tahan kan? Semua ini hanya RM 16. Fuh. Memang puas hati. Tak dapat bayangkan kalau pergi pesta yang lagi besar macam PBKL atau Big Bad Wolf Books tu. Boleh jadi mereng agaknya. Huhuhu.

23/04/15

Kisah Abang Dan Adik

Teks : Siti Khatijah Diana
Foto : Google



Tengah hari tadi, saya, adik dan dua orang anak asuhan pergi ke pekan Bachok sebab nak masukkan duit di bank. Sebelum bertolak, awal-awal mak dah pesan beli goreng pisang 2 ringgit. Selesai masukkan duit, maka kami pun singgahlah di kedai yang jual goreng pisang tu.

Sebelum turun kereta, saya minta list dari adik dan anak-anak asuhan tu nak makan apa. Air kelapa 3, goreng pisang 2 ringgit, keropok goreng 2 ringgit. Tiba-tiba, si adik (anak asuhan) pun mencelah,

"Isha nak makan sepanbob."

"Hah?!"

"Sepanbob."

Akal pantas berfikir. Mencari imej sebenar yang cuba dimaksudkan oleh si budak kecik tu.

"Fishball ke?"

"Haa... fishballlah."

Satu kereta dah ketawa. Ada ke patut. Dalam banyak perkataan yang ada, sepanbob jugak yang dipilih. Hairan sungguh. Kalau kata fishcake tak apa lagi. Fisherman ke. Paling cikai pun, ball. Ini tak ada bunyi langsung fishball dengan sepanbob tu. Isha... isha...

Setelah memesan dan membayar harga makanan, kami pun berangkat pulang ke rumah. Semasa dalam perjalanan, saya minta nak makan keropok. Terus adik bagi. Apalagi, yang lain pun tumpang sekaki. Sedang enak mengunyah tu, tiba-tiba si abang kepada Isha tadi pun mencelah.




"Oo... keropok ni dia letak rambutlah." Rizalman menyambung lagi, "Uban pun ada."

Sekali lagi kami ternganga. Setelah dia tunjukkan apa yang dimaksudkan kepada adik saya, terus adik ketawa. Rupa-rupanya, rambut yang dimaksudkan ialah isi ikan yang nampak hitam kat celah-celah keropok tu. Uban tu nak tahu apa? Tulang ikan.

Maka, sampai ke rumahlah kami ketawa. Hish budak-budak ni. Selamba badak punchline korang hari ni. Jangan aku yang memandu ni terbabas sudah. Hahaha.

22/04/15

Ulasan Buku Penulisan Puisi : Kreativiti, Praktik & Diskusi (Siri 1)

Teks : Siti Khatijah Diana
Foto : Google

Okey. Kali ni giliran buku umum pula yang akan diulas. Buku ini hasil tulisan pensyarah saya. Siapa tak kena Dr. Lim Swee Tin. Orangnya baik dan kelakar. Haih. Lama tak jumpa. Teringat dialog yang sering beliau ucapkan. 

"Semester depan, saya dah tak ada. Kontrak saya tak disambung oleh UPM."

Ye ke Dr? Sebab saya tengok, sampai sekarang pun Dr. masih ada kat situ. Ya sangatlah tu, Dr. Hilang akal kalau UPM tak nak sambung kontrak Dr. nya. Hahaha.


TAJUK : PENULISAN PUISI : KREATIVITI, PRAKTIK & DISKUSI (SIRI 1)
PENULIS : LIM SWEE TIN
TERBITAN : UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD
BINTANG : 5 *
KOMEN : Buku ini sangat bagus bagi sesiapa yang nak belajar cara menulis puisi dengan baik. Penulis menyentuh aspek-aspek yang sangat penting dalam penciptaan puisi. Contoh yang diberikan turut membuatkan kita faham dengan isi yang mahu disampaikan. Selain itu, penulis turut berkongsi satu teknik bagus untuk mencipta puisi iaitu Teknik Permata. Jadi, bagi sesiapa yang mahu belajar mencipta puisi dengan bagus, bolehlah mendapat buku ini dengan segera.

NOTA : Buku ini ada 3 siri. Nanti kalau dah selesai, saya akan review siri yang kedua dan ketiga pula.

21/04/15

Ulasan Buku Valentina Datang Lagi Dan Pergi

Teks : Siti Khatijah Diana
Foto : Google

Setelah sekian lama tak baca buku, akhirnya dapat habiskan juga sebiji untuk tahun ni, Buku ini dibeli dengan harga RM 5 di kedai Popular. Fuh. Nasib baik tak beli dulu. Jimat duit aku.



TAJUK : VALENTINE DATANG LAGI DAN PERGI 
PENULIS : AHADIAT AKASHAH
TERBITAN : ROKET KERTAS PRODUKSI
BINTANG : 3 ***
KOMEN : Cerita ni diselamatkan pada twist pada akhir jalan cerita. Senang cerita, kalau tak ada twist, memang kuranglah bintangnya. Ada pro dan kontra yang terdapat dalam buku ni. Kebaikannya kita dapat banyak ilmu yang kita jarang tahu. Keburukannya, perlakuan kepada watak tak menggambarkan niatnya yang sudah bertaubat. Kalau baca, tahulah apa yang saya maksudkan. Itu saja.

nota : bilalah boleh habiskan 5 biji buku yang dipinjam dari jiran depan rumah, Nak masuk 2 tahun kot. Sabar ya ZN. :)

20/04/15

Entry Pertama 2015

Teks : Siti Khatijah Diana
Assalammualaikum...

Ya Allah. Malunya nak menaip. Lama gila tinggal blog ni. Bukan senang nak konsisten. Tabik spring blogger yang boleh jaga blog mereka. Cool blogger. Eh? Macam jenama air aje. :P

Kenapa lama menyepi? Entah. Saya pun tak tahu. Nak kata sibuk, mana ada. Mungkin sebab diri sendiri. Ya, salah sendiri. Okey. Mengaku. Sedangkan nak ikutkan, banyak benda aje yang boleh taip untuk entry tahun ni. 

Tapi tak apalah. Barang yang lepas, tak usah dikenang. Barang-barang yang naik tu namanya GST. Apa yang aku merepek ni? Aduh. 

Hmm... cukuplah untuk entry pertama ni dulu. Nanti saya akan kemaskini cerita seterusnya. InsyaAllah, mulai hari ni, saya berikrar untuk selalu jaga blog ni. Doa-doakanlah. T_T