21/04/14

Ulasan Buku Miss Pisau Cukur

Teks: Siti Khatijah Diana
Foto: Google




Rasanya ini kali pertama saya membaca tulisan karya novelis popular Buku Prima iaitu Siti Nur Dhuha. Setahu saya, semua novelnya memang laku keras. Pernah terserempak semasa pesta buku sebelum ini. Terus terang, penulisnya memang sangat ramah dan mesra.

Ok. Berbalik dengan ulasan yang saya nak buat. Buku ini mengisahkan tentang Nurul Amera yang mana dibenci oleh adik beradik angkatnya. Terutama sekali oleh Ku Afnan. Dia dibenci kerana dianggap menjadi pemusnah keluarganya. Serta dituduh sebagai perempuan simpanan ayahnya.

Disebabkan tak tahan dengan kebencian itu, Ku Afnan membunuh Amera. Tiga tahun berlalu. Muncul seorang gadis lain yang dikenali sebagai Nurul. Nurul adalah seorang perempuan yang miskin. Disebabkan kemiskinan itu, dia menetapkan matlamat diri untuk menjadi senang. Cara paling mudah ialah dengan menjadi pisau cukur.

Entah macam mana, Nurul berjaya menambah hati Ku Afnan. Nurul ni boleh dikategorikan bertuah sebab Ku Afnan tak kisah dengan perangai buruknya yang suka mengikis. Disebabkan sayang, Ku Afnan ikutkan semua kehendaknya.

Dalam masa yang sama, Nurul jatuh cinta dengan Jeff. Berlaku konflik antara Ku Afnan dan Jeff sehingga hampir meragut nyawa Jeff. Dan ada misteri berkenaan dengan siapa Nurul yang sebenarnya. Untuk mengetahui cerita yang seterusnya, bolehlah dapat buku ini dan baca.

Secara jujurnya, saya rasa saya boleh baca tulisan penulis ini walaupun karya ini boleh dikatakan tidak logik. Tak logik tapi disebabkan itulah yang membuatkan saya ketawa. Ada satu part yang saya masih ingat sampai sekarang. Ketika Aky hendak melepaskan diri daripada Nurul. Aky sanggup mengambil batu lalu mengetuk kepala kakaknya itu. Masa itu, saya memang gelak kaw-kaw.

Untuk karya ini, saya rasa saya berpuas hati. Mungkin lain kali saya boleh dapatkan karyanya yang lain pula. :). Tahniah penulis.

19/04/14

Ulasan Buku Di Mana Terangnya Bulan

Teks: Siti Khatijah Diana
Foto: Google


Buku ini adalah hasil tulisan daripada seorang penulis lelaki yang sangat berkaliber di Malaysia. Siapa yang tidak kenal dengan Bahruddin Bekri? Beliau memang seorang penulis yang prolifik dan sudah banyak menghasilkan novelnya sendiri.

Di Mana Terangnya Bulan ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Kamarul Bin Zamarul. Dia diterima masuk belajar ke Kolej Melayu Tinggi. Namun begitu, perjalanannya tidak mudah kerana berhadapan dengan pelbagai masalah yang bertandang.

Antara masalah yang terpaksa ditempuhinya ialah pinjaman pelajarannya tidak berjaya, terpaksa berkongsi rumah dengan seorang penjenayah yang bernama Selamat, kemudian kehilangan teman serumahnya. Terdapat juga masalah sampingan yang berlaku namun semuanya berjaya diatasi dengan baik oleh Kamarul.

Apa yang menarik tentang buku ini, ia banyak menyelitkan nasihat sampingan yang dapat membuatkan kita sebagai pembaca berfikir mengenainya. Pendek kata, ia bukan satu cerita yang kosong.

Satu perkara yang tak dapat dinafikan berkenaan dengan penulis yang bernama Bahruddin Bekri ini, beliau sangat bijak menyelitkan humor dalam karyanya. Ada satu ketika, saya menjadi kagum apabila beliau hanya menggunakan nama untuk membuatkan kita sebagai pembaca ketawa. Antara watak yang paling saya tak boleh lupa dalam karya ini ialah Alexander The Great. Memang santai dan spontan gila lawaknya.

Secara keseluruhan, saya suka dengan penulisan Bahruddin Bekri. Kredit juga diberikan kepada cikgu saya kerana menyarankan saya membaca buku ini. Hehehe.

7/04/14

Klip Video Yang Banyak Berjasa

Teks: Siti Khatijah Diana

Adakalanya, saya rasa down sangat-sangat. Sampai satu tahap tu, rasa macam nak berputus asa. Rasa macam tak mahu nak buat apa-apa. Pernah juga terfikir. Kan bagus kalau goyang kaki saja. Kepala pun tak stress. 

Tapi kalau goyang kaki, macam mana nak bayar hutangnya? Hutang bukan sikit. Entah sekarang, segala 'bunganya' dah mekar. Kalah musim bunga dekat Kedah sana tu. Comel kan gambar pokok-pokok dekat sana... wii... :)

So, bagi menaikkan motivasi dan semangat saya yang selalu down tu, saya selalu dengar klip video ini. Bagi saya, klip video ini sangat membantu menaikkan semangat Paleolitik, Patriotik saya untuk bertahan dalam bidang yang sedang saya ceburi ini.
 
 Muat turunlah untuk kemashalatan bersama. Wii... :)




5/04/14

I am slow reader

Teks: Siti Khatijah Diana
Foto: Google



Saya boleh dikategorikan sebagai seorang pembaca yang slow. Bukan biasa-biasa tapi sangat-sangat slow. Seingat saya, hanya ada satu saja rekod yang pernah saya buat iaitu menghabiskan buku dalam satu hari. Novel Siti Rosmizah. Yang lain, tak payah tanya. Kalau tak sebulan, 3 bulan untuk sebiji novel.

Malaskah saya? Dok aih. Saya cuma tak memang tak sukakan buku sejak dari dulu lagi. Ini bukan mentaliti mungkin sikap semulajadi saya. Masa sekolah dulu pun, buku teks sastera pun main cilok saja baca. 

Tapi untuk menjadi penulis yang baik, seseorang itu mesti mengamalkan sikap suka membaca. Stephen King pun baca 70 biji dalam masa setahun. Lainlah kalau Stephen Chow. Nak tak nak, saya terpaksalah memaksa diri saya dekat dengan buku.

Apabila perkara kontra bertemu (betul ke ayat ni), maka terjadi situasi seperti yang sedang saya alami sekarang. Saya hanya mampu membaca satu bab untuk satu buku. Paling banyak, dua bab. Apabila saya nak paksa diri saya biar baca banyak buku, maka saya akan buka tajuk lain pula.

Senang cerita, sekarang buku yang saya sedang baca dalam satu masa, ada 4 biji. Satu bab untuk setiap tajuk. Itupun sebelum tidur. Haa... itulah cara terbaik yang boleh saya lakukan untuk paksa diri saya supaya amalkan sikap membaca. Sadis tak sadislah. 

Buku yang tengah baca sekarang ni, BKATC, Awek Pisang Goreng, Encik Abangku Romantik dan Di Mana Terangnya bulan. Terkadang tu, tertukar-tukar juga heronya. Tapi nak buat macam mana? Dah ini saja jalannya yang ada. 

Mohon doa-doa rakan-rakan supaya saya berjaya menjadi ulat buku juga pada satu hari nanti. T_T


4/04/14

Ulasan Buku Tongkat naga Sakti

Teks: Siti Khatijah Diana

Buku ini diterbitkan oleh Penerbitan Hasrat Pelajar. Buku mengisahkan tentang pengembaraan untuk mencari harta karun.

Menariknya tentang buku ini, ia sama seperti buku yang pernah saya ulas sebelum ini yang bertajuk Rahsia di Puncak Tibet. Penulis menggunakan sudut pandangan orang kedua iaitu 'Kamu'. Jadi jika kita adalah pembacanya, maka secara automatik, kitalah yang akan menjadi watak utamanya. Hebat kan?

Tapi yang tak menariknya, jika kita tersilap memilih misi, maka nasib kita boleh dikatakan buruklah. Semasa kali pertama membacanya, awal-awal lagi saya dah 'mati' sebab kena kepung dengan naga. Kali kedua membaca ; dengan cuba pilih misi lain pula, saya kena panah beracun oleh makhluk aneh.

Ikutkan hati, malas nak ulang baca  sebab takut terkena nasib buruk lagi. Tapi sebab saya nak sangat dengan jumpa dengan harta karun tu, maka saya teruskan juga pembacaan. Dan nasib saya baik, kali keempat membaca, barulah terjumpa harta karun. Memang betul-betul menguji kesabaran kalau nak membaca tulisan yang menggunakan teknik ini.

Apa pun, secara keseluruhan, buku ini memang lain daripada yang lain. Memang puas hati sebab berada dalam koleksi. :)

2/04/14

3 Hari di JDT

Teks : Siti Khatijah Diana

Tempoh hari, saya merantau ke negeri Johor. Datang untuk event sesi ramah mesra novelis bersama dengan pembaca. Sejujurnya, ini kali pertama turun untuk event sebegini. Sebelum ini tidak dapat join kerana ada banyak kekangan dan masalah peribadi yang sangat tak mengizinkan.

Apabila menyertai program sebegini, rupa-rupanya banyak benda yang telah saya pelajari. Terutama perkongsian dan ilmu-ilmu penulisan daripada novelis lain yang turut serta. Mereka sangat tidak lokek untuk menjawab segala persoalan saya.

Ada juga cerita tentang risiko-risiko dalam bidang penulisan. Tapi serasa saya, itu bukan menjadi halangan untuk saya meneruskan perjuangan dalam bidang ini. Selagi mana Allah mengizinkan. :)
 
Lepas tu, dapat pula kenal dengan para pembaca. Seronok berkenalan dengan jenis yang satu kepala. Mereka semua sangat cool. Ada yang siap bagi biskut, kek. Spaghetti hari itu pun sangat sedap.

Secara keseluruhan, saya sangat berbesar hati jika dapat menyertai event sebegini lagi. Semoga ukhwah yang terjalin antara kita, dapat diteruskan hingga ke akhir usia. Amin...